
AKSEM Perlis rampas mercun dan bunga api seludup bernilai RM12,299
KANGAR 21 April. – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Perlis merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM12,299 di Jalan Arau-Kodiang, Guar Sanji, Arau.
Komander AKSEM Perlis Deputi Superintendan Azizan Saman berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya melakukan pemeriksaan di sebuah bagunan kedai kira-kira 5.40 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan kita merampas tujuh kotak mercun di bilik tidur di kedai itu yang dianggarkan bernilai RM12,299 termasuk nilai cukai.
“Turut ditahan seorang lelaki berumur 24 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Azizan berkata kesemua barang rampasan dibawa ke Kompleks AKSEM Chuping untuk tindakan selanjutnya dan kes diserah kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau untuk disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PASAR JASIN BERWAJAH BAHARU, LEBIH MODEN DAN KONDUSIF
JASIN 24 Julai - Pembinaan Pasar Jasin baharu yang dijangka siap pada penghujung September depan bakal menempatkan 54 peniaga dengan...
MAIM LANCAR TABUNG SAHAM WAKAF MASJID DESA TUN ALI
BUKIT KATIL 24 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melancarkan tabung saham wakaf bagi membiayai dana pengambilan tapak untuk...
NRES IKTIRAF POTENSI BESAR ZOO MELAKA SEBAGAI IKON PELANCONGAN
AYER KEROH 24 Julai - Zoo Melaka berpotensi muncul sebagai antara destinasi pelancongan utama negara menerusi pelbagai usaha penambahbaikan fasiliti...
MPHTJ BAKAL TUBUH UNIT ELIT PENGUATKUASA
AYER KEROH 24 Julai - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerusi Jabatan Penguatkuasaan bakal menubuhkan Unit Elit Penguatkuasa tidak...
PERALIHAN KEPADA TENAGA BOLEH BAHARU JADIKAN MELAKA NEGERI LESTARI
GADEK 24 Julai - Peralihan kepada sumber tenaga boleh baharu bukan lagi satu pilihan, tetapi aspek penting bagi sesebuah industri...
MELAKA KOMITED CAPAI SASARAN 300 MEGAWATT TENAGA BOLEH BAHARU
GADEK 24 Julai - Melaka mencatatkan perkembangan positif dalam usaha mencapai kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 300 Megawatt (MW), kata...
