
Rakyat Kelantan ‘kurang patuh’ SOP Covid-19
KOTA BHARU 2 Julai – Tahap pematuhan rakyat Kelantan terhadap prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan COVID-19 di negeri itu menurun kepada 90 peratus berbanding 95 peratus sebelum ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata kawasan luar bandar dikesan menjadi antara punca peratusan menurun berikutan ramai yang tidak mematuhi SOP terutama berkaitan penjarakan sosial.
“Contohnya, kalau kita ke pasar raya, SOP masih lagi diikuti namun kalau kita pergi jauh sedikit seperti kawasan kampung terutama di warung, kita boleh tengok ramai yang tidak ikut (penjarakan sosial).
“Saya percaya mereka sedar mengenai SOP ditetapkan tapi tiada sikap ambil peduli. Mereka perlu ingat pasukan keselamatan masih lagi menjalankan Op COVID-19 dan mana-mana pihak yang ingkar boleh dikenakan tindakan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Kelantan yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.
Menurut beliau, semalam sahaja, polis menahan tujuh orang kerana melanggar SOP COVID-19.ย Kelantan merekodkan sebanyak 514 kes membabitkan 950 tangkapan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac hingga 1 Julai.
– BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
KERJASAMA PERSEKUTUAN, MELAKA WAJAR JADI CONTOH โ PM
PAYA RUMPUT 7 Ogos โ Perbezaan fahaman termasuk politik tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan persahabatan dan kerjasama erat antara...
KPKT JALIN KERJASAMA DENGAN UN-HABITAT BANGUNKAN MY PUBLIC SPACE
PAYA RUMPUT 7 Ogos โ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) akan bekerjasama dengan UN-Habitat...
BOMBA BUKA 560 KEKOSONGAN JAWATAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dalam proses membuka perjawatan baharu bagi mengisi kira-kira...
JBPM SUSUN BALAI BOMBA IKUT TAHAP RISIKO KEBAKARAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini merangka pembangunan balai bomba seluruh negara berdasarkan pendekatan...
SEMBILAN INDIVIDU TERMASUK PEMANDU CEDERA, BAS EKPRES TERBABAS DI NILAI
NILAI 27 Jun - Sembilan individu termasuk pemandu bas cedera dalam kejadian sebuah bas ekspres terbabas di Kilometer 275.4 Lebuhraya...

