
COVID-19: Dua kematian pada 2 Syawal di Melaka
AYER KEROH 14 Mei – Melaka merekodkan pertambahan dua lagi kematian baharu akibat COVID-19, hari ini, menjadikan keseluruhan 28 kematian telah direkodkan di negeri ini.
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan kematian membabitkan dua warga emas, lelaki dan wanita, masing-masing berusia 70 dan 64 tahun di Daerah Melaka Tengah.
“Kematian pertama, membabitkan lelaki dari Banda Hilir yang mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan darah tinggi serta merupakan kontak rapat kes positif COVID-19 semasa makan malam bersama rakan di sebuah restoran.
“Manakala, kematian kedua merupakan wanita dari Kampung Lapan yang mempunyai penyakit darah tinggi dan obesiti serta merupakan kontak rapat kepada anaknya (yang disahkan positif COVID-19) dan telah dimasukkan ke Hospital pada 25 April lalu,” kata kenyataan tersebut.
Sehingga kini, sebanyak 801 kes masih dirawat di Melaka yang mana 34 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 10 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ZULKIFLEE SASAR 85 PERATUS KELUAR MENGUNDI, YAKIN TABOH NANING KEKAL BIRU
TABOH NANING 13 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning, Datuk Zulkiflee...
PRN MELAKA : BN KOMITED TERUSKAN DASAR MESRA PELABUR JIKA DIBERI MANDAT
AYER KEROH 13 November – Dasar menarik pelaburan dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat akan terus menjadi keutamaan...
PAS PILIH PROSES DEMOKRASI, TIDAK TIMBUL ‘TEBUK ATAP’ – ABDUL HADI
PAYA RUMPUT 13 November - PAS menegaskan pendiriannya memilih proses demokrasi dalam soal perubahan kerajaan dengan mengutamakan pendekatan damai dan...
PENGUNDI MAHU HELMY TERUS BERKHIDMAT DI DUYONG
DUYONG 13 November - Keyakinan terhadap kepimpinan dan keprihatinan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy...
PRN MELAKA : AB RAUF AKUI KEMPEN PRN MELAKA BUKAN MUDAH
AYER KEROH 13 November – Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang berlangsung selama dua minggu bukan laluan mudah...
PRN MELAKA: RIDHWAN MANFAAT TIKTOK, MEDIA SOSIAL DEKATI 13,500 PENGUNDI MUDA
AYER MOLEK 13 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Datuk Mohd Ridhwan Mohd...
