
Proses vaksinasi di PPV MMU lancar
BUKIT BERUANG 16 Jun – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Multimedia (MMU) Kampus Melaka hari ini menerima kehadiran penerima vaksin dalam kalangan warga emas seawal jam 8 pagi.
Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) mendapati, keadaan di sini agak tenang walaupun penerima vaksin sudah mula hadir janji temu mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Menurut penyelaras PPV MMU, kira-kira 200 individu akan menerima suntikan vaksin sama ada Pfizer atau Sinovac.
Setakat jam 11 pagi tadi, seramai kira-kira 70 warga emas telah berjaya menerima vaksinasi bagi dos pertama.

Pada masa sama, bagi mengelakkan kesesakan hanya 60 individu sahaja dibenarkan masuk pada satu-satu masa sambil dibantu oleh 47 petugas di PPV MMU.
Untuk rekod PPV MMU Kampus Melaka antara tujuh PPV yang dibuka hari ini bagi suntikan vaksin fasa kedua melibatkan warga emas dan golongan komorbid.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FESTIVAL D’BENDANG 2025 KEMBALI: HIMPUN 187 USAHAWAN DESA, 42 ACARA SUKAN
AYER KEROH 14 Disember - Lebih 180 usahawan akan berkampung di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai, sempena Mini KUD @Festival...
VENA VARIKOS: BUKAN SIMPUL BIASA
Oleh: Dr. Kamalbarathi N.Barathilingam Pakar Bedah Am Oriental Melaka Straits Medical Centre VENA varikos atau lebih dikenali sebagai urat kaki...
REZEKI ANAK, ORANG DUYONG MENANG PROTON S70
AYER KEROH 14 Disember - Sepasang suami isteri tidak menyangka kehadiran mereka ke program RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
WRUR DUN BUKIT KATIL PERHALUSI, CARI PENYELESAIAN SETIAP ADUAN RAKYAT
BUKIT KATIL 14 Disember - Sebahagian aduan dan pemasalahan rakyat yang diterima daripada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil...
KONVENSYEN KHAS PENDIDIKAN MELAKA PERKUKUH PERANAN PIBG
AYER KEROH 14 Disember - Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka mendapat perhatian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang melihat...
HIMPUNAN RXZ: JANGAN HANYA LIHAT SUDUT NEGATIF
AYER KEROH 14 Disember - Tindakan sebuah parti politik mengeluarkan kenyataan negatif berhubung penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
