
Asnaf, mualaf Melaka bakal terima bantuan khas Aidiladha
SERI NEGERI 18 Jun – Kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas Aidiladha yang akan disalurkan kepada golongan asnaf dan mualaf di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, bantuan itu akan disalurkan mulai Julai dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM2.3 juta.
Katanya, bagi asnaf iaitu penerima bantuan bulanan dan tahunan fakir miskin akan menerima RM200 yang akan memanfaatkan 8,500 penerima.
Manakala, bantuan Ta’awun Muallaf khas Aidiladha pula, sebanyak RM300 akan diberikan kepada 2,000 mualaf yang berdaftar di bawah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
“Kesemua bantuan ini akan disalurkan mulai Julai yang akan dikreditkan ke akaun penerima bantuan,” katanya dalam pengumuman khas Pakej Rangsangan Ekonomi Melakaku Maju Jaya 2021: Sejahtera Bersama yang dipancarkan secara langsung dari Seri Negeri, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
LEBIH 2,000 UMAT ISLAM IMARAHKAN MELAKA BERMUNAJAT
LENDU 22 Oktober - Seramai 2,200 umat Islam mengimarahkan majlis ilmu Melaka Bermunajat: Majlis Ratib Al-Attas & Asmaulhusna di Masjid...
PRN MELAKA: BN UMUM CALON 24 OKTOBER, MUKTAMAD KERJASAMA DENGAN PAS
LENDU 21 Oktober -Barisan Nasional (BN) sudah memuktamadkan kerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 pada...
AI BUKAN ANCAMAN, TAPI PELUANG MARTABAT BAHASA MELAYU – DBP
AYER KEROH 21 Oktober - Perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) bukan ancaman kepada kelangsungan bahasa Melayu, sebaliknya membuka peluang lebih...
MELAKA TERUS MARTABAT BAHASA KEBANGSAAN
AYER KEROH 21 Oktober - Kerajaan Negeri Melaka komited untuk terus memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa...
729 PESERTA, SATU MISI HIJAUKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 21 Oktober - Seramai 729 peserta daripada 30 agensi kerajaan dan 15 syarikat swasta berganding bahu menceriakan persekitaran...
BAHASA KEBANGSAAN LAMBANG BANGSA MERDEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Bahasa kebangsaan bukan sekadar alat komunikasi, sebaliknya lambang kemerdekaan, jati diri dan maruah bangsa yang...


