
ADUN Asahan tak cuti demi rakyat
ALOR GAJAH 13 Julai – Tiada istilah hujung minggu hari cuti buat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan, apabila beliau terus turun padang menyantuni rakyat.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah bersama Skuad Sayang Wanita UMNO, sempat meluangkan masa menziarahi tiga keluarga di Tanjung Rimau Luar dan Dalam sebelum ke Perjumpaan Jentera Pilihanraya UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, semalam.
Pada program ziarah kasih itu, Abdul Ghafaar berkesempatan menziarah pesakit kencing manis, seorang penduduk kampung yang baru dibenarkan keluar hospital kerana patah tulang rusuk serta warga emas yang sakit tua.
Turut disampaikan sumbangan barangan dapur, lampin pakai buang serta wang tunai bagi meringankan beban.
Terdahulu, Abdul Ghafaar, yang menyambut hari lahirnya yang ke-64 hari ini, diraikan dengan memotong pulut kuning.
Views:
Related

Berita Lain
RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN DIJANGKA SIAP DALAM TEMPOH SEBULAN
TANJUNG BIDARA 19 Jun - Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri bekerjasama bagi membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, dan isteri Samsiah...
KETUA MENTERI UMUM BERITA GEMBIRA UNTUK WARGA SMK TELOK MAS
TELOK MAS 19 Jun - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas bakal menerima dua unit televisyen pintar (Smart TV) dan...
WRUR TELOK MAS REALISASI HASRAT RAKYAT
TELOK MAS 19 Jun - Penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas memberikan impak...
MELAKA BINA 13 MASJID BAHARU DALAM TEMPOH TIGA TAHUN – KM
TELOK MAS 18 Jun - Sebanyak 13 masjid baharu telah dibangunkan Kerajaan Negeri dalam tempoh tiga tahun sebagai bukti komitmen...
KETUA MENTERI TURUN PADANG SANTUNI RAKYAT TELOK MAS
TELOK MAS 18 Jun - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meneruskan pendekatan mendekati rakyat apabila meluangkan masa...
PETUGAS PEMBERSIHAN PERKUKUH DAYA TARIKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 18 Jun - Peranan yang dimainkan oleh pekerja pembersihan amat besar terutamanya dalam mengekalkan imej Melaka sebagai destinasi...

