
Warga emas didakwa lakukan amang seksual terhadap dua cucu
SEREMBAN 2 Ogos – Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua cucu perempuannya.
Lelaki berusia 62 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu ke atas cucunya yang berusia 10 dan lapan tahun dalam sebuah rumah di Felda dekat sini, pada 11 malam antara Ogos hingga September tahun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Hakim Diana Md Razali membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh dilarang mendekati mangsa dan menetapkan 2 Sept untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Harun manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: AB RAUF PERJELAS PUNCA PROJEK TERBENGKALAI, SEDIA BANTU PULIHKAN
AYER MOLEK 3 November - Projek pembangunan terbengkalai di Melaka mempunyai latar belakang dan punca berbeza, sekali gus memerlukan pendekatan...
PRN MELAKA: MISI MENANG 25 KERUSI, BN-PN MAHU LUASKAN PENGUASAAN
AYER MOLEK 3 November - Barisan Nasional (BN) menyasarkan peningkatan penguasaan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 21 kepada 25...
PRN MELAKA : CALON PRN MELAKA PERLU BERKEMPEN SECARA BERSIH – AHMAD ZAHID
RIM 3 November - Semua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 diminta berkempen secara baik dan...
PRN MELAKA: MELAKA BUKAN NEGERI KRITIKAL, TAPI ‘PERFORMANCE STATE’ – AB RAUF
AYER MOLEK 3 November - Melaka tidak berada pada tahap kritikal daripada segi pengurusan pembangunan negeri, sebaliknya kekal dalam kategori...
JENTERA BN, PAS SALING MELENGKAPI DI TANGGA BATU – RAIS
SUNGAI UDANG 3 November - Jentera Barisan Nasional (BN) dan PAS bersama rakan strategik di Parlimen Tangga Batu saling melengkapi...
PRN MELAKA: MANIFESTO BERSAMA BN-PN DILANCAR JUMAAT INI
AYER MOLEK 3 November - Manifesto bersama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...

