
ADUN Slim meninggal dunia
IPOH 15 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia di Bentong, Pahang, petang ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu, namun berkata beliau tidak mempunyai maklumat lanjut.
“Jenazah sekarang berada di Hospital Bentong dan saya dalam perjalanan ke sana,” katanya.
Menurutnya berdasarkan maklumat yang diperoleh, Mohd Khusairi, 59, tiba-tiba rebah ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort.
Terdahulu, berita kematian ADUN itu dikongsikan menerusi laman media sosial pemimpin UMNO negeri dan pusat.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
MPHTJ BAWA SINAR BAHARU BUAT KELUARGA CHEN CHEN
KESIDANG 10 Jun - Diuji dengan keadaan suami yang tidak mampu lagi bekerja selepas tiga kali diserang strok, kunjungan kakitangan...
PENERBANGAN TERUS PEKANBARU-MELAKA JIMAT MASA, PERMUDAH PERJALANAN
KESIDANG 10 Jun - Pembukaan semula laluan penerbangan terus Pekanbaru-Melaka memberi berita gembira kepada pelancong dari Indonesia yang mengakui perkhidmatan...
PEKANBARU-MELAKA JAMBATAN BAHARU PELANCONGAN SERANTAU
KESIDANG 10 Jun - Melaka optimis merekodkan peningkatan sehingga 30 peratus pelancong Indonesia tahun ini susulan pembukaan semula laluan penerbangan...
MELAKA REKOD KUTIPAN ZAKAT LEBIH RM62 JUTA SETAKAT 31 MEI
AYER KEROH 10 Jun - Kutipan zakat di Melaka berada pada landasan positif apabila merekodkan pencapaian berjumlah RM62,535,789.20 setakat Januari...
16 AGENSI KORPORAT SUMBANG ZAKAT PERNIAGAAN LEBIH 8 JUTA
AYER KEROH 10 Jun - Sebanyak 16 agensi korporat menyampaikan bayaran zakat perniagaan berjumlah RM8,305,105.72 pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan...
MAIM BANTU ASNAF BERDIKARI, JANA PENDAPATAN SENDIRI
BANDA HILIR 10 Jun - Asbab daripada bantuan disalurkan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyuntik semangat buat keluarga asnaf mualaf...
