
Terap semangat merdeka seawal usia tujuh tahun
AYER KEROH 3 Sept – Biarpun baru menginjak usia tujuh tahun, namun semangat cintakan negara ditonjolkan adik Batrisyia Rifqah Ariff Anwar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau 1 amat mengujakan.
Mengenakan pakaian baju kurung moden bercorak Jalur Gemilang, sudah pasti ia menjadi kenangan manis buat Batrisyia Rifqah dalam tempoh pandemik COVID-19 melanda negara.
Bapanya Ariff Anwar Mustahil berkata, dia dan isteri mengambil masa sebulan untuk merancang tema pakaian dan aksesori untuk digayakan anaknya bagi menyambut kemerdekaan ke-64 kali ini.

“Anggaran kos sekitar RM100 bagi tempahan pakaian dan payung merdeka yang dihiasi dengan bendera negeri-negeri di Malaysia.
“Saya dan isteri bersyukur kerana dapat memberikan pengalaman manis dan menyemai semangat patriotik serta cintakan negara Malaysia kepada anak.
“Walaupun suasana tahun ini berbeza dengan dua tahun sebelumnya, penerapan nilai patriotik ini dapat dipupuk dengan menggayakan pakaian bertemakan kemerdekaan,” katanya kepada MHI.
Katanya, mengambil inisiatif dengan mengenakan baju kurung moden yang bertemakan ‘Malaysia Prihatin’, ia menjadi pembakar semangat untuk merakamkan kenangan manis dalam memori anaknya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KARNIVAL TENTERA BERSAMA RAKYAT, BAWAKAN PELBAGAI ACARA MENARIK
BANDARAYA MELAKA 20 Januari - Persiaran Encore Melaka sekali lagi bakal menjadi tumpuan ramai apabila dipilih lokasi penganjuran Karnival Tentera...
INISIATIF MESRA OKU ANGKAT MPJ SEBAGAI PBT PRIHATIN
AYER KEROH 20 Januari – Komitmen Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam memperkasa kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) melayakkan Pihak...
SARA DAN BUDI 95: PERMOHONAN TUKAR MYKAD DI MELAKA NAIK 140 PERATUS
AYER KEROH 20 Januari - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka merekodkan peningkatan ketara permohonan penukaran MyKad susulan pengesahan identiti bagi...
CUTI KHAS AWAL RAMADAN: PENJAWAT AWAM MELAKA TERHARU, HARGAI KEPRIHATINAN KETUA MENTERI
AYER KEROH 20 Januari – Pengumuman cuti khas sempena awal Ramadan pada 19 Februari depan nyata menggembirakan penjawat awam di...
MPAG PBT CEMERLANG KEMPEN KESIHATAN PERSEKITARAN KPKT 2025
AYER KEROH 20 Januari – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) diiktiraf sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Cemerlang Kempen Kesihatan Persekitaran...
MPHTJ PASTIKAN PEMBANGUNAN SEIMBANG, MESRA OKU
AYER KEROH 20 - Proses pembangunan seimbang yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) turut melibatkan penyediaan akses dan...

