Terap semangat merdeka seawal usia tujuh tahun

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 3 Sept – Biarpun baru menginjak usia tujuh tahun, namun semangat cintakan negara ditonjolkan adik Batrisyia Rifqah Ariff Anwar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Merlimau 1 amat mengujakan.

Mengenakan pakaian baju kurung moden bercorak Jalur Gemilang, sudah pasti ia menjadi kenangan manis buat Batrisyia Rifqah dalam tempoh pandemik COVID-19 melanda negara.

Bapanya Ariff Anwar Mustahil berkata, dia dan isteri mengambil masa sebulan untuk merancang tema pakaian dan aksesori untuk digayakan anaknya bagi menyambut kemerdekaan ke-64 kali ini.

SEMANGAT patriotik Batrisyia diterapkan seawal tujuh tahun.

“Anggaran kos sekitar RM100 bagi tempahan pakaian dan payung merdeka yang dihiasi dengan bendera negeri-negeri di Malaysia.

“Saya dan isteri bersyukur kerana dapat memberikan pengalaman manis dan menyemai semangat patriotik serta cintakan negara Malaysia kepada anak.

“Walaupun suasana tahun ini berbeza dengan dua tahun sebelumnya, penerapan nilai patriotik ini dapat dipupuk dengan menggayakan pakaian bertemakan kemerdekaan,” katanya kepada MHI.

Katanya, mengambil inisiatif dengan mengenakan baju kurung moden yang bertemakan ‘Malaysia Prihatin’, ia menjadi pembakar semangat untuk merakamkan kenangan manis dalam memori anaknya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1750
Kongsi :
Previous post Gadis Myanmar dipenjara 18 bulan guna pasport individu lain dapatkan vaksin
Next post Pembangunan M-WEZ tidak jejas status UNESCO
Ubah saiz-+=