
Rakyat diseru perkukuh azam, membugar semangat perpaduan sebagai satu keluarga
KUALA LUMPUR 16 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru seluruh rakyat dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak membulat tekad, memperkukuhkan azam dan membugar semangat perpaduan sebagai satu keluarga yang berjaya dan dihormati sempena sambutan Hari Malaysia hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook rasminya, Ismail Sabri berkata biarpun terpisah dengan Laut China Selatan, penyatuan bersama Sabah dan Sarawak telah membina sebuah negara bangsa berjaya dan berdaulat serta Keluarga Malaysia yang tinggal dalam semangat harmoni.
Beliau berkata Malaysia yang terbentuk pada 16 September 1963, masih utuh sebagai sebuah negara yang aman, merdeka dan berdaulat di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong sebagai Payung Perpaduan Negara.
“Terbinanya sebuah negara bangsa yang disebut dengan bangga sebagai negara Malaysia, adalah hasil capaian kemerdekaan Tanah Melayu 64 tahun lepas, kemudiannya terbentuk Malaysia enam tahun kemudiannya bersama-sama Sabah dan Sarawak tercinta.
“Hari ini, Keluarga Malaysia ini diwarnai dengan warna-warni yang disatukan, dengan penghormatan dan rasa bangga untuk ibu pertiwi. Kepada Keluarga Malaysia yang amat saya sayangi, Selamat Hari Malaysia!,” katanya sambil menyertakan tanda pagar #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT RAIH SOKONGAN ANAK MUDA KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 11 Julai - Penyertaan golongan belia pada siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
DI SAAT HILANG MATA PENCARIAN, TOK RAUF HADIR HULUR TANGAN RINGANKAN BEBAN
KUALA LINGGI 11 Julai - Diuji dengan jangkitan kuman pada kaki kanan sejak dua bulan lalu menyebabkan seorang pemandu lori,...
TOK RAUF ZIARAH PESAKIT ANGIN AHMAR TERLANTAR
KUALA LINGGI 11 Julai - Keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap kebajikan rakyat terus dizahirkan menerusi Program Ziarah Kasih pada siri Jelajah...
RTB RM450 JUTA SOLUSI JANGKA PANJANG AKHIRI EPISOD BANJIR LENDU
LENDU 10 Julai – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Baru bernilai RM450 juta, bakal menjadi penyelesaian jangka panjang mengatasi...
NAIK TARAF JALAN KAMPUNG AIR LIMAU-BANDAR BARU MASJID TANAH LANCAR
LENDU 10 Julai - Perjalanan pengguna yang melalui persimpangan Jalan Kampung Ayer Limau -Bandar Baru Masjid Tanah akan lebih lancar...
JELAJAH KETUA MENTERI SEJAHTERAKAN WARGA LENDU
LENDU 10 Julai - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat membawa impak cukup besar dalam mensejahterakan kehidupan warga Dewan Undangan Negeri...
