
Sulaiman edar kuih bulan kepada masyarakat Tionghua
LENDU 19 Sept. – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, mengedarkan kuih bulan kepada masyarakat Tionghua sekitar Lendu, hari ini.
Program yang julung kali diadakan itu adalah sebagai tanda ingatan kepada masyarakat berkenaan yang akan menyambut perayaan Festival Kuih Bulan pada Selasa ini (21 September).
Dalam majlis itu, Sulaiman melakukan ‘walkabout’ mengedarkan kuih bulan bermula dari Bangunan MCA Masjid Tanah hingga ke seluruh pekan Masjid Tanah.
Beliau sempat menyantuni peniaga Tionghua di Pekan Masjid Tanah dan menyelami segala permasalahan mereka dalam program tersebut.
Program itu turut disertai Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat Ketua Menteri, Datuk Muhamad Ahyad Abdullah, Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat Cina Yong Fuan Juan dan kepimpinan MCA yang lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PUSAT KOMUNITI ‘NADI’ BAHARU PENDUDUK DESA DUYONG
DUYONG 12 Mei - Penduduk Taman Desa Duyong menerima sebuah pusat komuniti baharu yang siap dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Melaka...
MELAKA TUAN RUMAH FESTIVAL TEATER ZON SELATAN
AYER KEROH 12 Mei - Melaka bakal menjadi tumpuan penggiat seni teater apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Festival...
SERASI TERNAK KAMBING
ASAHAN 11 Mei - Berbekalkan pengetahuan asas, Zulhisham Abdul Razak, 43, kini semakin serasi dan bersemangat untuk mengembangkan lagi penternakan...
CINTA DINA HADFINA KEPADA KALAM ALLAH
AYER MOLEK 12 Mei - Hidupnya berasa lebih lapang, luas dan aman, semuanya adalah hasil keberkatan daripada amalan membaca al-Quran...
MBMB UBAH KAWASAN BERMASALAH JADI PUSAT RIADAH
PENGKALAN BATU 12 Mei – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) merancang memperluaskan pembangunan kawasan rekreasi berkonsepkan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)...
MADU KELULUT BUKIT SERAYA ‘ADA UMPHHH’
ASAHAN 12 Mei - Siapa sangka ternakan madu kelulut yang diusahakan sejak 10 tahun lalu memberi nikmat rezeki kepada sebuah...
