
Timbalan Speaker ingatkan ADUN bersikap matang
AYER KEROH 22 Julai – Ahli-ahli dewan diingatkan bersikap matang dan menjadikan kesilapan lepas sebagai panduan kepada rakyat.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wira Ghazale Muhamad berkata, sikap kematangan dalam kalangan pemimpin perlu dalam menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat.
“Sekali lagi diingatkan ahli-ahli dewan, kita duduk di sini untuk dapatkan penjelasan daripada soalan, bukan menduga seseorang itu menjawab atau tidak boleh jawab soalan.
“Kita terlebih dewasa, kita dipilih rakyat untuk selesaikan masalah, kalau beginilah keadaannya kita perlu rasa malu, jadikan kesilapan yang lepas sebagai panduan,” katanya.
Ghazale berkata demikian selepas berlakunya pertelingkahan antara Low Chee Leong (DAP-Kota Laksamana) dan Rahmad Mariman (BN-Ayer Molek) mengenai wabak Covid-19 pada hari ketiga Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.
Ujarnya, ahli-ahli dewan perlu bertanya sekiranya tidak jelas dengan jawapan yang diberikan bukannya cuba menduga.
“Tunjukkan kematangan kita dalam kita menjadi pemimpin, menyelesaikan serta mengemukakan soalan dan juga dalam mendapatkan jawapan.
“Kalau tidak jelas boleh tanya, bukan cuba menduga orang lain,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: HELMY MAHU BANGUNKAN EKOSISTEM E-SUKAN DI DUYONG
DUYONG 10 November - Penyediaan fasiliti e-sukan di Duyong menjadi antara perancangan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
DALAM SIBUK BERKEMPEN, RAIS TURUN HARUNG BANJIR DEMI RAKYAT
BEMBAN 10 November - Kesibukan berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak menghalang Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan,...
TPM MAHU PERKENAL KURSUS E-SUKAN DI INSTITUSI TVET MARA
DUYONG 10 November - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu kursus berkaitan e-sukan diperkenalkan di...
ANTHONY LOKE LETAK JAWATAN: SENDIRI JANJI, SENDIRI TANGGUNG – KA SIONG
BANDARAYA MELAKA 10 November - Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menyifatkan keputusan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke...
PRN MELAKA: AB RAUF YAKIN MCA MAMPU RAIH SOKONGAN MASYARAKAT CINA
BANDARAYA MELAKA 10 November - Barisan Nasional (BN) Melaka menyasarkan kemenangan di kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang...
HUJAN BUKAN HALANGAN, UNCLE WONG SETIA TEMANI HELMY BERKEMPEN
DUYONG 10 November - Cuaca hujan tidak menghalang warga emas, Vong Fook Hoi atau lebih dikenali sebagai Uncle Wong, 88,...
