
Dana tambahan atlet SUKMA Melaka dipertimbang
AYER KEROH 23 Julai – Kerajaan negeri tidak bercadang untuk memohon sebarang peruntukan tambahan bagi atlet kontinjen Melaka untuk menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020.
Bagaimanapun perkara itu akan dipertimbangkan berdasarkan keperluan semasa.
Pengerusi Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Belia dan Sukan negeri Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, kerajaan negeri membiayai sebanyak RM2 juta sebagai peruntukkan khas bagi pembiayaan kontinjen SUKMA Melaka ke Johor 2020.
“Jabatan Belia dan Sukan negeri Melaka telah mengemukakan permohonan peruntukan tambahan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bilangan 5 2020 dan kerajaan negeri meluluskan sebanyak RM150,000 bagi atlet PARA SUKMA.
“Bagi peruntukan tambahan, buat masa ini belum ada apa-apa keputusan peruntukan tambahan, namun dari masa ke semasa saya akan berbincang dengan Ketua Menteri dan bagi pihak kerajaan negeri sekiranya ada keperluan, kita akan pertimbangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Kerk Chee Yee (DAP-Ayer Keroh) pada hari keempat Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Ke-14.
Views:
Related


Berita Lain
PELAJAR CEMERLANG MELAKA DAPAT HADIAH SIMPAN SSPN PRIME
AYER KEROH 22 Ogos - Kecemerlangan akademik pelajar Melaka bukan sekadar diraikan dengan sijil dan penghargaan, malah diterjemahkan dalam bentuk...
RM1 JUTA UBAH WAJAH KAMPUNG ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Kampung Alai kini menerima pelbagai kemudahan yang bukan sahaja menceriakan persekitarannya, malah memberi manfaat langsung...
PPSPM CAPAI 70 PERATUS SASARAN PENGUNJUNG
DUYONG 21 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berjaya mencapai hampir 70 peratus sasaran jumlah pengunjung bagi...
AKSI TEMPUR, LOMPAT API GEGARKAN SAMBUTAN MERDEKA MELAKA
SUNGAI UDANG 22 Ogos - Aksi lompatan merentasi api dan pemusnahan papan menjadi antara elemen baharu yang bakal dipersembahkan 64...
GELOMBANG 30,000 ANAK MUDA BAKAL GEGAR MITC
AYER KEROH 22 Ogos - Lebih 30,000 belia dijangka membanjiri Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bagi memeriahkan Karnival Anak Muda...
UMIS@UNIMEL: TRANSFORMASI UNIVERSITI DIGITAL, LESTARI
KUALA LINGGI 22 Ogos - Pelaksanaan UMIS@UNIMEL (University Management Information System) bakal menjadikan Universiti Islam Melaka (UNIMEL) sebagai sebuah institusi...
