
Sukar untuk Malaysia Airlines dan AirAsia bergabung
KUALA LUMPUR, 26 Julai – Khazanah Nasional Bhd menegaskan bahawa sebarang penggabungan antara Malaysia Airlines Bhd (MAB) dan syarikat penerbangan tambang rendah seperti AirAsia, sukar untuk dilaksanakan.
Pengarah Urusan Khazanah Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata model perniagaan yang berbeza dan budaya kerja yang berlainan membuktikan gabungan dua entiti seperti itu jarang membuahkan hasil.
“Malaysia memerlukan syarikat penerbangan tambang rendah dan syarikat yang menawarkan penerbangan nilai tinggi seperti Malaysia Airlines untuk wujud bersama, berikutan kita perlu memenuhi pelbagai segmen pasaran.
“Oleh itu, saya fikir untuk strategi jangka panjang Malaysia, penting untuk memberikan pilihan yang mencukupi, bukan hanya kepada rakyat Malaysia, tetapi juga kepada pelancong luar untuk datang ke negara ini,” katanya dalam program Money Matters terbitan TV3, pada Sabtu.
Khazanah Nasional merupakan pemilik penuh MAB.
Sebelum ini, Shahril dilaporkan berkata Khazanah sedang menunggu pelan pemulihan strategik yang akan dirangka pengurusan Malaysia Airlines.- BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
BERUNDING ELOK-ELOK, PILIH ‘PARTNER’ YANG IKHLAS DAN JUJUR – AHMAD ZAHID
AYER KEROH 6 September - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi mandat kepada Ketua...
KUIH BAKAR BERLAUK MELAKA CURI PERHATIAN DI MAHA 2026
SERDANG 6 September - Selama ini dikenali dengan rasa manis dan aroma pandan, kuih bakar kini tampil dengan kelainan apabila...
MAHA 2026: MELAKA MAHU BELACAN, CENCALUK TERUS BERSINAR
SERDANG 4 September - Kerajaan Negeri mahu warisan dan produk ikonik negeri seperti belacan, cencaluk, makanan tradisional serta kraftangan diterjemahkan...
MAHA 2026: PAVILION MELAKA REKOD 110,000 PENGUNJUNG, NILAI JUALAN RM188,584
SERDANG 4 September - Pavilion Melaka pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 merekodkan nilai jualan terkumpul...
WAKIL RAKYAT MELAKA MESTI ‘KETUK PINTU’ RUMAH RAKYAT
TABOH NANING 3 September - Semua wakil rakyat di Melaka diminta turun padang dan 'mengetuk pintu' rumah rakyat bagi menyelami...
AURA ZIANA ZAIN ‘PUKAU’ KLEBANG
KLEBANG 30 Ogos - Kemunculan penyanyi popular tanah air, Datuk Ziana Zain mencuri perhatian pengunjung pada Sambutan Ambang Merdeka Peringkat...

