
Pelajar Malaysia paling lama tidak ke sekolah – Muhyiddin
BANDA HILIR 21 Okt. – Sektor pendidikan di Malaysia menjadi antara sektor yang paling terkesan sejak pandemik COVID-19 melanda, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata, pihaknya difahamkan lebih 6 juta pelajar sekolah di Malaysia adalah mereka yang paling lama tidak dapat ke sekolah di dunia sehingga terpaksa menempuh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Katanya, pihaknya sedar dengan adanya PdPR dan TV Pendidikan sekali pun, masih terdapat ramai pelajar tercicir terutama mereka dalam kalangan keluarga yang kurang berkemampuan.
Justeru, beliau menggalakkan lebih ramai pihak korporat dan swasta dapat membantu dalam menyediakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memberikan sumbangan peranti seperti laptop dan telefon pintar kepada pelajar yang memerlukan.
“Untuk meminta kerajaan menyediakan semua itu saya rasa kita belum mampu kerana ia melibatkan perbelanjaan yang besar.
“Jadi saya akan membawakan kepada Kementerian Kewangan agar dapat memberi pertimbangan untuk membuat pengecualian cukai kepada pihak yang melakukan CSR untuk membantu pelajar,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menjawab soalan daripada wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam sesi dialog di Hotel Hatten Melaka, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM, YB ALONG SANTUNI 100 PESAKIT DI HOSPITAL ALOR GAJAH
REMBIA 24 Februari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memainkan peranan sebagai agensi agama yang menjaga kebajikan umat Islam...
RAMADAN DUN SUNGAI UDANG DIIMARAHKAN DENGAN PROGRAM TAQARRUB
SUNGAI UDANG 24 Februari - Penganjuran Program Taqarrub Ramadan yang dilaksanakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang menarik perhatian...
RAMADAN ERATKAN SILATURAHIM, KOMUNITI ORANG ASLI DUN GADEK DISANTUNI
GADEK 24 Februari - Lebih 50 komuniti mualaf termasuk kanak-kanak dalam kalangan masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Sebang, Alor Gajah...
MPJ PANTAU BAZAR RAMADAN, PASTIKAN TIADA ISU KEBERSIHAN
JASIN 24 Februari - Persekitaran dan tahap kebersihan 10 Bazar Ramadan seliaan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) berada pada tahap memuaskan...
HOTEL TAMARA KONGSI REZEKI SEMPENA TAHUN BAHARU CINA
BANDARAYA MELAKA 24 Februari - Sambutan Tahun Baharu Cina di Hotel Tamara Melaka, tidak hanya diisi program berbentuk hiburan dan...
SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA HOTEL TAMARA PENUH MAKNA
BANDARAYA MELAKA 24 Februari - Sambutan Tahun Baharu Cina Hotel Tamara Melaka, bukan sekadar diceriakan dengan dekorasi dan persembahan tarian...
