
PRN Melaka catat rekod calon teramai
AYER KEROH 8 Nov – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov ini bakal mencipta rekod baharu dengan menampilkan calon bertanding teramai dalam sejarah negeri ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, seramai 112 calon telah disahkan bertanding pada PRN kali ini yang mana jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) lalu yang hanya menampilkan 82 calon.
“Kalau kita lihat pada PRU 14, hanya ada 82 calon, jadi kali ini lebih bertambah iaitu 112 calon.
“Kita melihat pertandingan ini semakin sengit dan trend pertembungan empat, lima dan enam penjuru juga semakin banyak,” katanya dalam sidang media di Menara Persekutuan, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
729 PESERTA, SATU MISI HIJAUKAN ZOO MELAKA
AYER KEROH 21 Oktober - Seramai 729 peserta daripada 30 agensi kerajaan dan 15 syarikat swasta berganding bahu menceriakan persekitaran...
BAHASA KEBANGSAAN LAMBANG BANGSA MERDEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Bahasa kebangsaan bukan sekadar alat komunikasi, sebaliknya lambang kemerdekaan, jati diri dan maruah bangsa yang...
MELAKA HARI INI TERIMA ANUGERAH CITRA BAHASA 2026 DBP
AYER KEROH 21 Oktober – Komitmen Melaka Hari Ini (MHI) Sdn Bhd dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan...
‘TIADA LAGI TIDUR-TIDUR AYAM, RISAU RUMAH ROBOH DIBADAI RIBUT’
PENGKALAN BATU 21 Oktober - Hasil daripada kemajuan dan kepesatan ekonomi Melaka dikembalikan semula kepada rakyat menerusi pelbagai inisiatif termasuk...
MAIM SUMBANG MESIN RUMPUT BANTU ASNAF SARA KELUARGA
PENGKALAN BATU 21 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus prihatin dengan nasib asnaf apabila bukan sahaja membantu dalam...
PENJAGA ARTIFAK, WARISAN MELAKA JUGA PERLU SIHAT DAN CERGAS
BANDA HILIR 21 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) tidak mahu ketinggalan untuk memupuk amalan budaya hidup sihat dalam kalangan...

