
Empat lelaki dicekup ketika curi buah kelapa sawit
MACHAP JAYA 2 Dis – Malang buat empat lelaki apabila ditahan ketika disyaki mencuri buah kelapa sawit dalam kejadian di Jalan Kolam Machap di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kejadian itu diketahui pemilik kebun selepas diberitahu oleh rakannya yang memaklumkan terdapat individu tidak dikenali mengambil buah kelapa sawit di kebunnya.
Beliau berkata, pemilik kebun yang bergegas ke kebun sawitnya kemudiannya mendapati terdapat empat individu tidak dikenali sedang memotong buah kelapa sawit lalu menghubungi pihak polis.
“Sepasukan polis dari Balai Polis Durian Tunggal dan Machap Baru yang ke lokasi kejadian kemudian menahan empat suspek berusia antara 43 hingga 55 tahun.
“Selain itu turut dirampas sebuah lori dan beberapa alatan lain termasuk tiga batang besi panjang, cangkuk batang besi dan lapan tandan buah kelapa sawit yang berada didalam lori,” katanya.
Beliau berkata, semakan lanjut dijalankan mendapati kesemua empat suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.
“Hasil saringan ujian air kencing keatas semua suspek mendapati mereka negatif dan kesemua mereka kini direman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN RAMADAN, SYAWAL BANTU MUALAF MELAKA TERUS MELANGKAH
KESIDANG 8 Februari – Kebajikan golongan mualaf di Melaka terus diberi perhatian menerusi Bantuan Persediaan Ramadan dan Syawal bagi tahun...
MELAKA PERGIAT GOTONG-ROYONG MEGA BANTERAS DENGGI
PAYA RUMPUT 8 Februari - Program Gotong-Royong Mega akan terus dipergiatkan di seluruh Negeri Melaka bagi membanteras kes demam denggi...
REZEKI NAIK MELAKA RIVER CRUISE, PELAJAR DARI PERAK MENANG PROTON SAGA
BANDA HILIR 8 Februari - Rezeki tak salah alamat. Itu gambaran tuah menyebelahi pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)...
ZOO MELAKA HIDUPKAN ‘VIBE’ UNIK BILA LARUT MALAM
AYER KEROH 8 Februari - Suasana malam memberi pengalaman berbeza buat pengunjung yang hadir ke Zoo Melaka sempena Program Melaka...
AGENDA KEBAJIKAN, KESEJAHTERAAN RAKYAT JADI FOKUS UTAMA MELAKA
PAYA RUMPUT 8 Februari - Kebajikan dan kesejahteraan rakyat menjadi antara tumpuan utama Kerajaan Negeri dalam memacu pembangunan serta kemajuan...
101 PROGRAM ‘GAMATKAN’ KARNIVAL DEMI PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 8 Februari - Sebanyak 101 program untuk segenap lapisan masyarakat bakal menggamatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput...
