
40 peratus populasi dewasa negara sudah terima dos penggalak
KUALA LUMPUR, 17 Jan – Sebanyak 9,364,326 individu atau 40 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, daripada jumlah itu sebanyak 145,922 dos penggalak diberikan semalam.
Selain itu, seramai 22,903,466 individu atau 97.8 peratus daripada populasi dewasa negara telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,183,820 individu atau 99 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,773,734 atau 88.1 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap menerima vaksin COVID-19 manakala 2,861,589 atau 90.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Dalam pada itu, 147,655 dos suntikan vaksin diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 60,884,363.
Sementara itu, menurut portal Github KKM, 12 kes kematian direkodkan semalam. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WARGA EMAS TERLANTAR TERHARU DISANTUNI MAIM
AYER MOLEK 14 Mei - Kehidupan seorang warga emas yang terlantar akibat angin ahmar menjadi antara lembaran kisah yang membuktikan...
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
PENGANGGUR MAUT, RAKAN CEDERA DISERANG KETIKA JUAL BELI PERISA ‘VAPE’
JASIN 14 Mei - Seorang penganggur maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai diserang menggunakan senjata akibat perselisihan faham dalam kejadian...
‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI
BANDA HILIR 14 Mei - Menara Taming Sari bakal mencuri tumpuan ramai pada 17 Mei ini apabila bakal menjadi lokasi...
‘KAMI MAHU BERUBAH, ENGGAN HIDUP TERASING’
MACHAP JAYA 13 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Machap Jaya tidak mahu terus dilihat terasing,...
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...
