
Kekal patuhi SOP COVID-19 ketika Thaipusam dan Tahun Baharu Cina – Khairy
KUALA LUMPUR, 17 Jan – Rakyat Malaysia diingatkan untuk sentiasa kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan Thaipusam esok dan juga Tahun Baharu Cina bulan hadapan
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam ciapan di akaun Tweeternya hari ini meminta orang ramai untuk terus memakai pelitup muka dan mengamalkan TRIIS – uji, lapor, asing, maklum dan dapatkan setiap masa; tukarkan kepada ‘MySJ Trace’ pada aplikasi MySejahtera mereka dan dapatkan dos penggalak.
“Kami telah lakukan dengan baik memastikan kadar jangkitan COVID-19 kekal berada di bawah kawalan ketika Krismas dan Tahun Baharu, walaupun berhadapan Omicron.
“Pada ketika kita sambut Thaipusam dan CNY (Tahun Baharu Cina) jumlah jangkitan harian boleh meningkat, jadi terus kekalkan SOP (terutamanya menggunakan pelitup muka), TRIIS, aktifkan ‘MySJ Trace’ di tempat sesak dan dapatkan dos penggalak,” katanya.
Khairy berkata sehingga kini 4,724,012 pengguna MySejahtera telah mengaktifkan MySJ Trace dan 2,179 kes positif telah muat naik interaksi mereka yang telah membantu memaklumkan orang lain yang berada dalam kawasan berdekatan untuk memantau untuk simptom atau lakukan ujian kendiri.
Beliau berkata sertailah komuniti MySJ untuk terus memastikan semua selamat.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JAIM TIDAK KOMPROMI PEMATUHAN STANDARD HALAL
AYER KEROH 3 April - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menegaskan tiada sebarang kompromi terhadap mana-mana syarikat yang gagal mematuhi...
‘MERIAHNYA RAYA!’ WARNAI MELAKA BILA LARUT MALAM EDISI APRIL
AYER KEROH 3 April - Program Melaka Bila Larut Malam Edisi April 2026 bertemakan 'Meriahnya Raya!' bakal memeriahkan lagi suasana...
20,700 SAMBUT AIDILFITRI DENGAN MELAKA RIVER CRUISE
DUYONG 3 April - Melaka River Cruise terus menjadi pilihan pengunjung apabila merekodkan kehadiran 20,700 pengunjung dalam tempoh dua minggu...
MELAKA SASAR TAMBAH MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU TAHUN INI
BANDARAYA MELAKA 3 April - Kerajaan Negeri menyasarkan penambahan beberapa lagi menara telekomunikasi baharu sepanjang 2026 dalam usaha berterusan untuk...
KUTIPAN ZAKAT MELAKA MELONJAK, KEKAL SIFAR MISKIN TEGAR – KM
AYER KEROH 3 April - Prestasi kutipan zakat Melaka menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila mencecah RM415 juta dalam tempoh tiga tahun....
BACAAN YASIN DAN DOA KESYUKURAN IRINGI 3 TAHUN PENTADBIRAN AB RAUF
AYER KEROH 2 April - Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Kesyukuran antara pengisian disusun sempena tiga tahun kepimpinan Datuk Seri...
