
Taman Interaktif Dinosaur bakal jadi tarikan baharu Zoo Melaka
AYER KEROH 24 Ogos – Sebuah Taman Interaktif dengan tarikan replika dinosaur bakal menjadi mercu baharu Zoo Melaka mampu menarik lebih ramai pengunjung ke lokasi pelancongan itu.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Shadan Othman berkata, tarikan baharu yang bakal diperkenalkan, sekali gus menjadikan zoo tersebut merupakan zoo pertama di Malaysia dalam memperkenalkan Taman Interaktif terhadap spesies purba itu.
Katanya, sebuah taman yang berkonsepkan pendedahan pendidikan yang diletakkan di dalam kawasan zoo berkenaan akan dilengkapi dengan tarikan persembahan dengan penataan bunyi dan cahaya spesies itu pada waktu siang dan malam.
“Taman yang dilengkapi dengan dinosaur robotik dengan perincian interaktif itu mampu menarik minat pengunjung terutama kanak-kanak ke kawasan terbabit.
“Buat masa ini Zoo Melaka masih dalam pembinaan taman tersebut dan ini juga merupakan salah satu persediaan pihak kami bagi berdepan kedatangan pengunjung menjelang cuti semester nanti,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ‘AH SEM’ CALON NOMBOR 1 DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem atau lebih dikenali...
PRN MELAKA: BILIK GERAKAN SPRM BEROPERASI 24 JAM
AYER KEROH 31 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan beroperasi 24 jam sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya...
PRN MELAKA: 65 CALON LELAKI, 14 WANITA BERTANDING DI 28 KERUSI DUN
AYER KEROH 31 Oktober - Persaingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: JASMINE MAHU ANAK MUDA KEMBALI BERKARYA DI BANDAR HILIR
AYER KEROH 31 Oktober - Meskipun diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N22 Bandar...
TOK AJAK YAKIN TELOK MAS ‘KEKAL BIRU’
TELOK MAS 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman yakin...
PRN MELAKA JADI PENTAS FORMULA POLITIK BAHARU UMNO-PAS MENUJU PRU – MOHAMED KHALED
SUNGAI UDANG 31 Oktober - Kerjasama UMNO dan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 berpotensi menjadi formula politik...
