
Penganggur didapati tidak bersalah bunuh pesara polis kerana tidak siuman
KOTA BHARU, 15 Mac – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati seorang penganggur tidak bersalah atas pertuduhan membunuh seorang pesara polis, selepas memutuskan lelaki itu tidak siuman.
Dalam penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata berdasarkan keterangan pakar perubatan, Mohd Rozani Yahaya, 43, tidak siuman ketika kejadian pada 25 Jan 2018.
Wan Ahmad Farid memerintahkan Mohd Rozani diletakkan di bawah penjagaan Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.
“Mahkamah mendapati tertuduh tidak bersalah kerana ketika kejadian tertuduh telah dibuktikan tidak siuman.
“Justeru, mahkamah mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 348 (2) Kanun Prosedur Jenayah supaya Mohd Rozani diletak di bawah penjagaan selamat di Hospital Bahagia dekat Ulu Kinta, Perak sehingga mendapat perintah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V,” katanya.
Mohd Rozani didakwa membunuh Ab Halim Che Yusoff yang ketika itu berusia 69 tahun, di tepi rumah dekat Kampung Apa-Apa, Bunut Susu di Pasir Mas pada 12 tengah hari 25 Jan 2018.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Anuar Wahab manakala Mohd Rozani diwakili peguam Zameri Mat Nawang. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERPADUAN JADI WARISAN BERHARGA BUAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru menjadikan perpaduan dan keharmonian sebagai warisan paling berharga untuk ditinggalkan kepada generasi...
DR. AKMAL HADIRI MUKTAMAR PEMUDA PAS 3 SEPTEMBER
SERI NEGERI 24 Ogos - Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan menghadiri Muktamar Pemuda PAS di...
TUN DR. MOHD ALI SERU RAKYAT MELAKA PERBAHARUI ILTIZAM KEMERDEKAAN
SERI NEGERI 24 Ogos - Rakyat Melaka diseru memperbaharui iltizam untuk terus memelihara kemerdekaan yang diwarisi daripada generasi terdahulu, terutama...
PDRM PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN THAILAND
SERI NEGERI 24 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan susulan keadaan keselamatan yang semakin...
AYUH BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Seluruh penjawat awam, jabatan, agensi, anak syarikat Kerajaan Negeri dan kepimpinan Melaka diseru mengetepikan pendekatan...
MELAKA KECIL DI PETA, BESAR DI MATA DUNIA
SERI NEGERI 24 Ogos - Melaka mungkin kecil dari segi keluasan, namun kekuatan sektor pelancongan dan warisannya terus mengangkat nama...
