
Ramadan tiba, umat Islam Malaysia mula berpuasa Ahad
KUALA LUMPUR, 1 April – Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa mulai Ahad (3 April), demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Syed Danial berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.
Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah hari ini (Jumaat) bersamaan 29 Syaaban 1443 Hijrah.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam kenyataan itu turut menyatakan proses melihat anak bulan Ramadan berlangsung di 29 lokasi seluruh negara antaranya di Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
Setelah dua tahun umat Islam di negara ini menyambut Ramadan dalam keadaan Malaysia masih berdepan dengan pandemik COVID-19, kali ini ia akan disambut dalam Fasa Peralihan ke Endemik yang bermula 1 April. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ANAK MUDA SUNGAI UDANG IDAM KEMUDAHAN SUKAN SELESA, SELAMAT
SUNGAI UDANG 8 November - Padang bola sepak yang lebih sempurna, gelanggang sukan selamat serta penambahan kemudahan riadah antara harapan...
DR. YADZIL SEDIA BAWA ISU RAKYAT BEMBAN KE MEJA PENTADBIRAN
BEMBAN 8 November - Masalah banjir, kemudahan sekolah dan pembangunan infrastruktur antara isu utama yang memerlukan perhatian serius agar kesejahteraan...
RAKYAT BOLEH NILAI PENCAPAIAN MANIFESTO BN
KOTA LAKSAMANA 8 November - Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan 97 peratus daripada keseluruhan manifesto yang dijanjikan pada Pilihan Raya...
MELAKA SIAP SEDIA HADAPI MTL
KOTA LAKSAMANA 8 November - Kerajaan Negeri Melaka mengambil langkah awal bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 menerusi pelbagai...
DUN KOTA LAKSAMANA BAKAL DIANGKAT SEBAGAI IBU NEGERI MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 November - Cadangan menaik taraf koridor pembangunan Kota Laksamana bagi menjadikannya sebagai ibu negeri Melaka baharu antara...
JASA ZAHARI DIKENANG, KHIDMAT MUSTAFA DINANTI
DURIAN TUNGGAL 8 November – Pada usia 74 tahun, Samsudin Mahmod setiap hari melihat rumah baharunya dibina di depan mata,...
