
MBMB sumbang RM20,000 bantu usahawan mualaf
AYER KEROH 2 April – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terus menunjukkan keprihatinan apabila tampil memberikan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada Pengerusi Pertubuhan Kemajuan Islam Malaysia (PERKIM) Melaka.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, sumbangan berbentuk peralatan pembuatan kek dan penjualan makanan sejuk beku itu akan diserahkan kepada 20 orang usahawan mualaf di negeri ini.
Katanya, ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat pihak berkuasa tempatan itu menjelang ulang tahunnya ke-19 bulan ini.

“Semoga dengan sedikit sumbangan daripada pihak MBMB dapat membantu mereka merancakkan semula ekonomi keluarga dan kelangsungan hidup masing-masing,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: ANAK MUDA SUNGAI UDANG IDAM KEMUDAHAN SUKAN SELESA, SELAMAT
SUNGAI UDANG 8 November - Padang bola sepak yang lebih sempurna, gelanggang sukan selamat serta penambahan kemudahan riadah antara harapan...
DR. YADZIL SEDIA BAWA ISU RAKYAT BEMBAN KE MEJA PENTADBIRAN
BEMBAN 8 November - Masalah banjir, kemudahan sekolah dan pembangunan infrastruktur antara isu utama yang memerlukan perhatian serius agar kesejahteraan...
RAKYAT BOLEH NILAI PENCAPAIAN MANIFESTO BN
KOTA LAKSAMANA 8 November - Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan 97 peratus daripada keseluruhan manifesto yang dijanjikan pada Pilihan Raya...
MELAKA SIAP SEDIA HADAPI MTL
KOTA LAKSAMANA 8 November - Kerajaan Negeri Melaka mengambil langkah awal bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 menerusi pelbagai...
DUN KOTA LAKSAMANA BAKAL DIANGKAT SEBAGAI IBU NEGERI MELAKA
KOTA LAKSAMANA 8 November - Cadangan menaik taraf koridor pembangunan Kota Laksamana bagi menjadikannya sebagai ibu negeri Melaka baharu antara...
JASA ZAHARI DIKENANG, KHIDMAT MUSTAFA DINANTI
DURIAN TUNGGAL 8 November – Pada usia 74 tahun, Samsudin Mahmod setiap hari melihat rumah baharunya dibina di depan mata,...
