
KM lawat UTC Melaka
KOTA LAKSAMANA 4 Sept. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali mengadakan lawatan kerja ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, di sini, hari ini.
Sulaiman tiba di perkarangan UTC tepat jam 2.45 petang dan disambut oleh Pengurus Besar UTC Datuk Saleh Mohd Dom dan warga kerjanya.
Usai bergambar bersama warga kerja UTC Melaka, Sulaiman mengadakan ‘walkabout’ ke beberapa agensi antaranya Kementerian Pembangunan Wanita, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia Melaka, agensi kerajaan kegeri, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (Perpustam) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Beliau dalam masa sama sempat beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.
Di samping itu, Sulaiman juga hadir mendengar taklimat disampaikan Mohd Dom dan kemudiannya menyampaikan amanat kepada warga kerja UTC Melaka.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA : DAKWAAN PENOLAKAN CALON BN DI 4 KERUSI MUNGKIN DICETUS MUSUH POLITIK
TANJUNG BIDARA 5 November – Segala pandangan berhubung dakwaan penolakan calon parti di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
PRN MELAKA: PEMBANGUNAN TVET JADI AGENDA MANIFESTO BN – TOK RAUF
TANJUNG BIDARA 5 November - Hasrat menjadikan Melaka sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara akan...
NADARAJAH TEKAD JADI ‘SUARA’ GADEK
TANJUNG BIDARA 5 November – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, S Nadarajah bertekad mahu menjadi...
HOSPITAL MELAKA BAKAL DIPERKUKUH SEBAGAI PUSAT RUJUKAN JANTUNG
PENGKALAN BATU 5 November – Peranan Hospital Melaka sebagai pusat rujukan perkhidmatan jantung bakal diperkukuh menerusi penyediaan kemudahan Invasive Cardiac...
PRN MELAKA: KACAU WAJIK ERAT MUAFAKAT, JENTERA BN-PAS SANTUNI PENDUDUK LENDU
LENDU 5 November - Program Kacau Wajik anjuran Wanita Komuniti Kampung Lendu bersama rakan komponen PAS di Pusat Daerah Mengundi...
PRN MELAKA: CARA BERBEZA, SOKONGAN SAMA BUAT HELMY
DUYONG 5 November - Sokongan terhadap penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dizahirkan...
