
Melaka United lakar kemenangan berganda
MELAKA United melakar kemenangan bergaya di laman sendiri apabila menewaskan Terengganu pada aksi CIMB Liga Super sebentar tadi.
Gol tunggal menerusi tendangan Uche Agba pada minit ke-60 sudah memadai untuk melakar kemenangan pada skuad Hang Tuah sekali gus meraih tiga mata dalam kedudukan.
Uche berjaya meletakkan pasukan di hadapan menerusi tendangan Uche Agba yang menewaskan penjaga gol skuad Penyu, Mohd Sharmiza Yusoff sekali gus meredakan tekanan skuad tuan rumah.
Gol tunggal itu menyemarakkan semangat skuad Sang Kancil untuk terus menggandakan asakan namun berjaya ditepis penjaga gol pasukan lawan.
Skuad kendalian Nafuzi Zain tidak berputus asa untuk menyamakan kedudukan namun gagal apabila tandukan Muhammad Mohd Faudzi terlepas dari sasaran sehingga mengundang cemas pada pertahanan pasukan Melaka United.
Keputusan perlawanan kekal 1-0 sehingga tamat perlawanan.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA : DAKWAAN PENOLAKAN CALON BN DI 4 KERUSI MUNGKIN DICETUS MUSUH POLITIK
TANJUNG BIDARA 5 November – Segala pandangan berhubung dakwaan penolakan calon parti di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
PRN MELAKA: PEMBANGUNAN TVET JADI AGENDA MANIFESTO BN – TOK RAUF
TANJUNG BIDARA 5 November - Hasrat menjadikan Melaka sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara akan...
NADARAJAH TEKAD JADI ‘SUARA’ GADEK
TANJUNG BIDARA 5 November – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, S Nadarajah bertekad mahu menjadi...
HOSPITAL MELAKA BAKAL DIPERKUKUH SEBAGAI PUSAT RUJUKAN JANTUNG
PENGKALAN BATU 5 November – Peranan Hospital Melaka sebagai pusat rujukan perkhidmatan jantung bakal diperkukuh menerusi penyediaan kemudahan Invasive Cardiac...
PRN MELAKA: KACAU WAJIK ERAT MUAFAKAT, JENTERA BN-PAS SANTUNI PENDUDUK LENDU
LENDU 5 November - Program Kacau Wajik anjuran Wanita Komuniti Kampung Lendu bersama rakan komponen PAS di Pusat Daerah Mengundi...
PRN MELAKA: CARA BERBEZA, SOKONGAN SAMA BUAT HELMY
DUYONG 5 November - Sokongan terhadap penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem dizahirkan...
