
MBMB baik pulih tiga lokasi jalan berlubang
BUKIT BARU 7 Sept. – Unit FRONT Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membuat kerja-kerja tampalan ‘potholes’ di tiga lokasi laluan utama di bawah pentadbirannya.
Laluan itu melibatkan Jalan Bukit Baru, Jalan Kiai Hj Hashim dan Persimpangan Jalan Melaka Sentral.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, kerja-kerja itu dilakukan bermula jam 12 tengah malam sehingga lapan pagi mengikut zon pentadbiran MBMB.
“Unit FRONT juga melakukan rutin harian membuat rondaan bagi memantau serta mengenalpasti kawasan yang berisiko dan berbahaya kepada pengguna jalan raya.
“Kerja-kerja pemantauan dijalankan setiap hari, kita ingin memastikan bahawa ‘sifar potholes’ atau dikenali sebagai kerosakan permukaan jalan (jalan berlubang),” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
FIESTA ADAT PERPATIH MELAKA 2026 ANGKAT WARISAN, BUDAYA
TABOH NANING 12 Ogos - Fiesta Adat Perpatih Negeri Melaka 2026 yang bakal dianjurkan pada 5 September depan di Rumah...
FELDA HUTAN PERCHA SERLAH KEUNIKAN, WARNA-WARNI BUDAYA DESA
MACHAP JAYA 12 Ogos - Kepelbagaian budaya, makanan dan produk pelancongan menjadikan Felda Hutan Percha bukan sekadar sebuah penempatan luar...
AIR MATA TANDA SYUKUR, IMPIAN MILIKI KEDIAMAN SELESA TERCAPAI
GADEK 12 Ogos - Air mata menjadi tanda kesyukuran seorang warga emas selepas impian untuk memiliki kediaman lebih selesa menjadi...
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...

