
Logo Melaka United FC kini menanti cap dagangan
AYER KEROH 7 Sept. – Logo baharu Melaka United FC kini memasuki fasa akhir kelulusan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sebelum ia boleh digunakan secara sah.
Menurut Penasihat Undang-Undang Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) Zhafri Aminurashid, logo tersebut hanya menantikan cap dagangan (trademark certificate) bagi mengakhiri kontroversi hangat sejak ia dilancarkan pada 22 Ogos lalu.
“Untuk MyIPO, kita sudah melepasi ‘stage’ pertama dan kini sedang menunggu cap dagangan sahaja.
“Untuk pusingan kedua bagi memperoleh cap dagangan, ia mungkin memakan masa sehingga sebulan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Sementara itu, baru-baru ini Presiden MUSA Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali yakin logo baharu itu boleh digunakan dan tidak akan membawa sebarang masalah.
Beliau dalam masa sama bagaimanapun akan akur dengan keputusan pihak tertentu sekiranya ia tidak dapat digunakan.
Views:
Related


Berita Lain
BEKAS PTD DAN ISTERI AKAN DIDAKWA ESOK, BEKAS PAT PADA JUMAAT
KUALA LUMPUR, 21 Jan - Bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Hafizuddeain Jantan dan isterinya Salwani Anuar akan didakwa...
MAIM BUKA RUANG, PELUANG USAHAWAN RIQAB TINGKAT TARAF HIDUP
JASIN 21 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memainkan peranan penting dalam agenda pemerkasaan ekonomi asnaf menerusi pelbagai...
PERJUANGAN 13 TAHUN PELIHARA KETURUNAN BABA NYONYA DIIKTIRAF JPN
AYER KEROH 21 Januari - Lega dan amat menggembirakan, itulah ungkapan sesuai bagi menggambarkan kegirangan komuniti Baba Nyonya apabila perjuangan...
TERPEDAYA TAWARAN BAIKI MESIN BASUH, OPERATOR KILANG RUGI HAMPIR RM9,000
AYER KEROH 21 Januari - Seorang operator kilang wanita kerugian hampir RM9,000 selepas dipercayai terpedaya dengan tawaran membaiki mesin basuh...
KAMPUNG DIGITAL: JPN MELAKA TERIMA 4,035 PERTUKARAN ALAMAT
AYER KEROH 21 Januari - Seramai 4,035 penduduk Melaka telah memohon penukaran alamat bagi tempoh Januari hingga Disember 2025 hasil...
KEMASUKAN AWAL KE TAHUN 1: PERKUKUH SISTEM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
AYER KEROH 21 Januari - Ibu bapa yang yakin dengan potensi anak-anak, digalakkan menghantar mereka ke prasekolah seawal usia lima...
