
Operasi Melaka River Cruise dihentikan buat sementara waktu
BANDARAYA MELAKA 6 Mei – Operasi Melaka River Cruise dihentikan buat sementara waktu ekoran hujan lebat sejak awal pagi tadi.
Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan itu dilakukan susukan paras air naik mendadak dan arus deras di Sungai Melaka pada ketika ini.
Menurut kenyataan itu, operasi Melaka River Cruise akan disambung semula selepas keadaan kembali pulih.
“Berikutan hujan lebat menyebabkan paras air Sungai Melaka tinggi serta arus deras dan cuaca yang tidak menentu, operasi Melaka River Cruise dihentikan sementara sehingga keadaan kembali pulih.
“Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami di talian 06-2814322/23 (Pejabat ) / 06-2861530(kaunter Taman Rempah) 06-2861531 (kaunter Muara),” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT MELAKA KEMBALI, SASAR LEBIH 10,000 PESERTA
SERI NEGERI 17 April - Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka...
KLEBANG LOKASI FESTIVAL AIR, TONJOL IDENTITI BUDAYA, WARISAN MELAKA
BANDA HILIR 17 April - Festival Air berkonsepkan budaya dan kesenian Melaka bakal diadakan di Dataran 1 Malaysia, Klebang pada...
MELAKA PERTIMBANG INSENTIF BANTU PENIAGA DI BAWAH PBT
PENGKALAN BATU 17 April - Kerajaan Negeri bakal mempertimbangkan pemberian insentif termasuk diskaun kepada premis di bawah kawasan pentadbiran Pihak...
‘MERIAHNYA BERAYA!’ SERLAH KEUNIKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 17 April - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Portfolio Pelancongan bertemakan ‘Meriahnya Beraya! Mana Lagi Melaka Ler’ menghimpunkan pemain...
ULANG TAHUN KE-23 BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH DISAMBUT PENUH KESYUKURAN
PENGKALAN BATU 17 April - Sambutan Ulang Tahun Ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah diraikan dalam suasana sederhana namun penuh bermakna menerusi...
WRUR SEMAKIN RELEVAN, BELA NASIB RAKYAT MEMERLUKAN
GADEK 16 April - Penganjuran Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kini memasuki edisi ke-12 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek,...
