
Operasi Melaka River Cruise dihentikan buat sementara waktu
BANDARAYA MELAKA 6 Mei – Operasi Melaka River Cruise dihentikan buat sementara waktu ekoran hujan lebat sejak awal pagi tadi.
Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan itu dilakukan susukan paras air naik mendadak dan arus deras di Sungai Melaka pada ketika ini.
Menurut kenyataan itu, operasi Melaka River Cruise akan disambung semula selepas keadaan kembali pulih.
“Berikutan hujan lebat menyebabkan paras air Sungai Melaka tinggi serta arus deras dan cuaca yang tidak menentu, operasi Melaka River Cruise dihentikan sementara sehingga keadaan kembali pulih.
“Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami di talian 06-2814322/23 (Pejabat ) / 06-2861530(kaunter Taman Rempah) 06-2861531 (kaunter Muara),” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
68 LAMPU SOLAR TERANGI JALAN GELAP ASAHAN
ASAHAN 26 Ogos - Jalan-jalan gelap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal diterangi 68 lampu solar yang bakal dipasang...
‘TOK RAUF, YB ALONG BAGAI ANUGERAH BUAT KAMI’
ASAHAN 25 Ogos - Dua pemimpin ini bagai anugerah untuk kami, itu kata generasi kedua Felcra Bukit Sedanan yang menyifatkan...
RM1.7 JUTA NAIK TARAF MAAHAD TAHFIZ TVET PULAU BESAR
BUKIT PALAH 25 Ogos - Bangunan lama Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pulau Besar yang berusia...
BEKALAN TELUR MELAKA MASIH CUKUP – DR. AKMAL
SERI NEGERI 25 Ogos - Kenaikkan harga telur di Melaka bukan disebabkan kekurangan bekalan sebaliknya dipengaruhi oleh faktor pasaran luar...
13 MENARA, STESEN MINYAK, ATM: YB ALONG SEJAHTERAKAN HIDUP WARGA ASAHAN
ASAHAN 25 Ogos - Kemudahan asas dan kebajikan masyarakat luar bandar menjadi fokus utama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan,...
BUKIT RAMBAI, ALOR GAJAH CATAT BACAAN IPU TIDAK SIHAT
AYER KEROH 25 Ogos - Stesen pemantauan kualiti udara di Bukit Rambai dan Alor Gajah merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara...
