
JAKIM kemas kini takwim 2022 Miladiah/1443-1444H
PUTRAJAYA, 14 Mei – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan edisi kemas kini Syawal 1443 Hijriah (H) bagi Takwim 2022 Miladiah/1443-1444H Bagi Malaysia yang boleh didapati di laman web https://www.e-solat.gov.my/.
Ketua Unit Komunikasi Korporat Jakim Zakaria Othman dalam kenyataan hari ini berkata takwim itu dikemas kini berikutan perubahan tarikh 1 Syawal 1443H yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja jatuh pada 2 Mei 2022, berbanding 3 Mei 2022 pada takwim yang dikeluarkan sebelum ini.
Beliau berkata perubahan itu hanya melibatkan bulan Mei 2022/Syawal 1443H.
“Semoga takwim tersebut dapat membantu melancarkan lagi penyusunan aktiviti harian, ibadat dan urusan kehidupan umat Islam di negara ini,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MEDIA KOTA DUMAI-MELAKA HARI INI KONGSI KEPAKARAN, TEROKA PELUANG KERJASAMA
AYER KEROH 27 Julai - Hubungan organisasi media berpusat di Kota Dumai, Indonesia dan Melaka Hari Ini (MHI) berpotensi untuk...
MOMENTUM BAHARU BINA MELAKA LEBIH CEMERLANG
PAYA RUMPUT 27 Julai - Kerajaan Negeri terus memperkukuh pendekatan turun padang menerusi siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bagi...
BENGKEL ‘THRIVE LITTLE ONE’ YAKULT BANTU IBU BAPA TAMBAH ILMU
JOHOR BAHRU 27 Julai - Seramai 110 ibu bapa menyertai Bengkel 'Thrive Little One with Yakult' anjuran Yakult (Malaysia) Sdn....
ZOO MELAKA PERKASA MISI SELAMATKAN HIDUPAN LIAR
AYER KEROH 27 Julai – Zoo Melaka terus memperkukuh peranannya sebagai pusat pendidikan konservasi menerusi pelbagai inisiatif kesedaran bagi melindungi...
HARI LANDSKAP NEGARA ANTARA LEBIH 120 PROGRAM WARNAI WRUR DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 27 Julai - Lebih 120 acara bakal mewarnai Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
DUN SERKAM JUARA KESELURUHAN SUKAN MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 27 Julai - Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam muncul juara keseluruhan Sukan Melaka 2026, sekali gus menjulang Piala...
