
Pindaan Perlembagaan UMNO bawa erti cukup besar, elak perpecahan – Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR 15 Mei – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pindaan Perlembagaan UMNO membawa erti cukup besar kepada parti berkenaan.
Katanya, selainkan mengekalkan kestabilan parti, ia juga penting dalam mengembalikan maruah perjuangan dan mempersiagakan pewaris kesinambungan perjuangan parti itu pada masa akan datang.
Selain itu, katanya, pindaan itu juga bertujuan untuk mengelakkan perpecahan yang akhirnya akan merugikan parti itu sendiri.
“Apa maknanya agenda kestabilan yang ditawarkan kepada rakyat sekiranya masalah dalaman parti tidak tenteram. Parti berpecah, wujudnya puak-puak dan kelompok kabilah yang akhirnya merugikan kita semua.
“Kita tidak sanggup lihat UMNO kucar-kacir, tak sanggup lihat parti berpecah-belah.
“Ingatlah, selepas biduk berlalu, kiambang belum tentu bertaut kembali. Perpecahan hanya akan merugikan UMNO,” katanya dalam ucapan Perhimpunan Agung Khas UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.
Menurut Ahmad Zahid, sejak 1990 hingga kini, sebanyak tiga pindaan Perlembagaan UMNO telah dilakukan parti itu berkait soal pemilihan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SUKAN SATUKAN ORANG MASJID TANAH
LENDU 21 Disember - Pelbagai acara sukan yang diadakan bersempena Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita berjaya menyatukan penduduk di lima...
REMY ISHAK HARAP KARNIVAL MASJID TANAH: KAMPUNG KITA DIADAKAN SETIAP TAHUN
LENDU 21 Disember - Kebersamaan dan kesepaduan masyarakat kampung yang ditunjukkan dalam penganjuran Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita menjadikannya wajar...
LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONGKITA MERIAH
DUYONG 21 Disember - Pelbagai jenis juadah termasuk makanan warisan dodol disediakan di hentian sepanjang laluan Larian Budaya Antarabangsa Duyongkita...
REZEKI TAK DISANGKA, DATANG WRUR MENANG MOTOSIKAL ANTIK KOLEKSI PERIBADI YB
BUKIT KATIL 21 Disember - “Terkejut memang tidak sangka langsung. Alhamdulillah rezeki untuk anak-anak saya". Itu kata Norzalina Mamat, 42,...
‘SEKAMPUNG’ MASJID TANAH BERLARI DENGAN BUSANA ETNIK
LENDU 21 Disember - Meriah, penuh warna-warni. Itu gambaran suasana di Japerun Lendu bersempena Larian Etnik Budaya Parlimen Masjid Tanah....
MASJID TANAH KAMPUNG KITA JADI SIMBOL KEBERSAMAAN – AB RAUF
LENDU 21 Disember - Penganjuran Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita menjadi jambatan menyatukan rakyat, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
