
Pindaan Perlembagaan UMNO bawa erti cukup besar, elak perpecahan – Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR 15 Mei – Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pindaan Perlembagaan UMNO membawa erti cukup besar kepada parti berkenaan.
Katanya, selainkan mengekalkan kestabilan parti, ia juga penting dalam mengembalikan maruah perjuangan dan mempersiagakan pewaris kesinambungan perjuangan parti itu pada masa akan datang.
Selain itu, katanya, pindaan itu juga bertujuan untuk mengelakkan perpecahan yang akhirnya akan merugikan parti itu sendiri.
“Apa maknanya agenda kestabilan yang ditawarkan kepada rakyat sekiranya masalah dalaman parti tidak tenteram. Parti berpecah, wujudnya puak-puak dan kelompok kabilah yang akhirnya merugikan kita semua.
“Kita tidak sanggup lihat UMNO kucar-kacir, tak sanggup lihat parti berpecah-belah.
“Ingatlah, selepas biduk berlalu, kiambang belum tentu bertaut kembali. Perpecahan hanya akan merugikan UMNO,” katanya dalam ucapan Perhimpunan Agung Khas UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.
Menurut Ahmad Zahid, sejak 1990 hingga kini, sebanyak tiga pindaan Perlembagaan UMNO telah dilakukan parti itu berkait soal pemilihan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
