
Dua mayat lelaki ditemukan terapung di laut
SHAH ALAM, 3 Jun – Dua mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di sekitar perairan Jeti Marina, Pulau Indah petang semalam.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Selangor Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata Pusat Operasi APMM Negeri Selangor telah menerima maklumat berkaitan penemuan itu daripada komuniti nelayan pada 4.26 petang dan bot PERKASA 36 yang sedang dalam operasi, diarahkan ke lokasi untuk mengesan dan melaksanakan tindakan selanjutnya.
“Lebih kurang pada 4.45 petang, PERKASA 36 tiba di lokasi dan telah menemukan dua mayat itu, satu daripadanya lengkap berpakaian, manakala satu mayat lagi hanya berseluar panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kedua-dua mayat itu kemudian dibawa ke Jeti Marina untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia bagi siasatan lanjut.
Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi APMM Negeri Selangor di talian 03-21760627 dan sebarang maklumat berkaitan jenayah mahupun kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi APMM Negeri Selangor atau MERS 999. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SIAP SIAGA HADAPI CUACA PANAS EKSTREM, JEREBU
SERI NEGERI 26 Ogos - Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) bersiap siaga menghadapi kemungkinan cuaca panas ekstrem...
TIGA CEDERA BAS DINAIKI TERBABAS ELAK LORI
JASIN 26 Ogos - Tiga termasuk seorang warga tempatan cedera selepas bas dinaiki terbabas ketika cuba mengelak sebuah lori yang...
AYDA JEBAT ANTARA 431 TERIMA DARJAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN MELAKA SESI KEDUA
SERI NEGERI 26 Ogos - Penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat antara 431 penerima...
MELAKA RUMAHKU: 202 KEDIAMAN DIBAIK PULIH, DIBINA BAHARU
ASAHAN 26 Ogos - Sebanyak 101 rumah baharu dibina manakala 101 lagi kediaman dibaik pulih di seluruh Melaka menerusi inisiatif...
10 TAHUN HIDUP DALAM RUMAH SEMPIT, AKHIRNYA ADA RUANG UNTUK BERNAFAS
ASAHAN 26 Ogos - Selama kira-kira 10 tahun, rumah kecil yang dihuni Engku Azlinah Tengku Azhar, 40 bersama suami dan...
68 LAMPU SOLAR TERANGI JALAN GELAP ASAHAN
ASAHAN 26 Ogos - Jalan-jalan gelap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bakal diterangi 68 lampu solar yang bakal dipasang...
