
Dua mayat lelaki ditemukan terapung di laut
SHAH ALAM, 3 Jun – Dua mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di sekitar perairan Jeti Marina, Pulau Indah petang semalam.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Selangor Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata Pusat Operasi APMM Negeri Selangor telah menerima maklumat berkaitan penemuan itu daripada komuniti nelayan pada 4.26 petang dan bot PERKASA 36 yang sedang dalam operasi, diarahkan ke lokasi untuk mengesan dan melaksanakan tindakan selanjutnya.
“Lebih kurang pada 4.45 petang, PERKASA 36 tiba di lokasi dan telah menemukan dua mayat itu, satu daripadanya lengkap berpakaian, manakala satu mayat lagi hanya berseluar panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kedua-dua mayat itu kemudian dibawa ke Jeti Marina untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia bagi siasatan lanjut.
Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi APMM Negeri Selangor di talian 03-21760627 dan sebarang maklumat berkaitan jenayah mahupun kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi APMM Negeri Selangor atau MERS 999. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SPR SASAR 95 PERATUS KELUAR MENGUNDI AWAL PRN MELAKA
SUNGAI UDANG 10 November – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan jumlah pemilih keluar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi...
TOK AJAK TAK PERNAH BERHENTI BERKHIDMAT
TELOK MAS 10 November - Tidak meninggalkan penduduk Telok Mas meskipun pernah tewas pada pilihan raya menjadi bukti komitmen penyandang...
PENTAS GELOMBANG BIRU SERENTAK DI 28 DUN, BUKTI KESERASIAN KERJASAMA BN-PN
SERKAM 10 November - Penganjuran Ceramah Gelombang Biru secara serentak di 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menjadi manifestasi kekuatan...
PRN MELAKA: LERAI KESESAKAN BANDAR HILIR JADI AGENDA JASMINE
BANDA HILIR 10 November - Kesesakan lalu lintas di kawasan tumpuan pelancongan antara isu utama yang mahu ditangani calon Barisan...
PRN MELAKA: RAIS JANJI 30 PERATUS PERUNTUKAN SUNGAI UDANG UNTUK KEBAJIKAN, AKTIVITI TENTERA
SUNGAI UDANG 10 November - Sebanyak 30 peratus daripada peruntukan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang akan dikhususkan bagi...
DUA PRN, DUA PENGALAMAN MENGUNDI SELEPAS BERSALIN
SUNGAI UDANG 10 November – Lima tahun lalu, Nurul Atikah Syuhada Zainal mengundi awal ketika masih berpantang selepas melahirkan anak...
