
Bantu persiapkan pelajar ke alam universiti
MERLIMAU 3 Ogos – Orientasi Pelajar Tingkatan Enam dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pembelajaran yang akan dilalui untuk memasuki universiti.
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Syed Zahiruddin, Faridah Mat Zon berkata, program diadakan bermula 25 hingga 27 Julai lalu itu melibatkan pelajar semester 1 sekolah berkenaan.
“Saya mengingatkan semua pelajar agar berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.
“Ini bagi mencapai cita-cita untuk melangkah ke universiti apabila tamat pengajian tingkatan enam kelak,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Pada program itu turut diadakan taklimat berkenaan mata pelajaran, disiplin, kerja kursus, taklimat biasiswa serta peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan MUET.
Program itu merupakan anjuran Pengurusan Tingkatan Enam dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa Persatuan Tingkatan Enam SMK Tun Syed Zahiruddin.
Selain itu, terdapat juga sesi pengenalan diri, hala tuju kerjaya dan soal selidik inventori minat kerjaya yang dikelolakan Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
