
Saringan Covid-19 di KLIA sesak: KKM tambah petugas, peralatan
KUALA LUMPUR 28 Sept. – Jumlah petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dan peralatan saringan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 akan ditambah bagi mengurangkan kesesakan proses saringan terhadap individu yang tiba dari Sabah.
KKM menerusi Twitter memaklumkan susulan terdapat aduan kesesakan proses saringan COVID-19, Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor untuk menambah bilangan petugas dan peralatan bagi melancarkan proses saringan.
“Masalah kesesakan akan diselesaikan segera dengan penambahan peralatan dan petugas,” katanya.
Terdahulu, Dr Adham bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meninjau proses saringan COVID-19 yang dilakukan kakitangan KKM di KLIA dan klia2, awal pagi tadi.
Sementara itu, Malaysia Airports menerusi ciapan di Twitter, merakamkan penghargaan kepada Dr Adham dan Dr Noor Hisham terhadap dedikasi dan komitmen mereka bagi memastikan semua langkah keselamatan dan prosedur ujian berjalan lancar.
Pada Sabtu, Dr Noor Hisham berkata bermula semalam hingga 10 Okt, individu yang pulang dari Sabah diwajibkan menjalani saringan COVID-19 serta diarahkan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK PASTIKAN MENARA TAMING SARI MERIAH SAMPAI HUJUNG TAHUN
TELOK MAS 19 Oktober - Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) merancang beberapa program sampingan bagi mempelbagaikan tarikan aktiviti pelancongan di...
‘HALAL COTTAGE’ BANTU USAHAWAN MUALAF MELAKA TEMBUS PASARAN LEBIH LUAS
BANDARAYA MELAKA 19 Oktober - Seramai lapan hingga 10 usahawan mualaf di Melaka dikenal pasti berpotensi menyertai inisiatif ‘Halal Cottage’...
KETUA MENTERI PUJI PERSEMBAHAN BERIRAMA SK TENGKERA DUA
KESIDANG 19 Oktober - Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Tengkera Dua, atas kejayaan meraih naib johan pada...
PROGRAM MESRA LESEN REKOD 1,909 PERMOHONAN SEPANJANG 2026
AYER KEROH 19 Oktober - Program Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Lesen Motosikal Kelas B2 merekodkan sebanyak 1,909 permohonan dalam kalangan...
KEHARMONIAN KAUM KUNCI KESTABILAN, KEMAJUAN MELAKA
KESIDANG 19 Oktober - Keharmonian masyarakat berbilang kaum di Melaka perlu terus dipertahankan bagi memastikan kestabilan negeri dan kelancaran ekonomi...
POTENSI KAMPUNG 6 JADI DESTINASI PELANCONGAN MAKANAN
KESIDANG 19 Oktober - Kampung 6, berpotensi menjadi antara lokasi tarikan pelancongan di Melaka menerusi keunikan sajian makanan serta kemeriahan...
