
Pekerja binaan maut tertimbus dalam runtuhan konkrit
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, mereka menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 12.23 tengah malam tadi dan terus menggerakkan anggota ke tempat kejadian.
Komander Operasi Kanan Nurul Adha Abdul Majid berkata setibanya mereka di lokasi kejadian mendapati berlaku runtuhan konkrit di tingkat 51 bangunan dalam pembinaan yang menyebabkan seorang lelaki tertimbus.
“Anggota bomba bertindak memotong dan memecahkan besi konkrit bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan dan mangsa berjaya dibawa keluar daripada timbunan konkrit pada 7.21 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mangsa berusia 35 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir di tempat kejadian. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MURAL HARMONI IDENTITI BAHARU TAMAN SERI DUYONG
DUYONG 14 Mei - Mural bertemakan keharmonian masyarakat akan menambahkan lagi keceriaan dan menjadi simbol identiti baharu komuniti setempat di...
JURURAWAT NADI SISTEM KESIHATAN NEGARA
LENDU 14 Mei - Jururawat atau 'kakak misi' menjadi tulang belakang dan nadi yang menggerakkan sistem kesihatan negara termasuk di...
HOSPITAL BAHARU MELAKA AGENDA PENTING DEMI RAKYAT
LENDU 14 Mei - Perancangan untuk mendapatkan hospital baharu di Melaka akan terus diperjuangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
87 KLINIK KESIHATAN DINAIK TARAF SEPANJANG TIGA TAHUN PENTADBIRAN TOK RAOP
LENDU 13 Mei - Sebanyak 87 klinik kesihatan dan klinik desa seluruh Melaka dinaik taraf sepanjang tiga tahun pentadbiran Ketua...
PETUGAS KESIHATAN INSAN HEBAT
LENDU 14 Mei - Petugas kesihatan dianggap sebagai insan hebat oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kerana...
BOMBA MELAKA KENDALI 5,162 OPERASI KECEMASAN SEPANJANG 2025
LENDU 13 Mei - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka mengendalikan sebanyak 5,162 operasi kecemasan sepanjang tahun lalu sekali...
