
Tun Mohd Ali rasmi Pusat Pengumpulan Dan Pengagihan Food Bank Malaysia
AYER KEROH 4 Oktober – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, merasmikan Pusat Pengumpulan Dan Pengagihan (Distribution Centre) Food Bank Malaysia di Dc Autocity, di sini, hari ini.
Dalam ucapan ringkasnya Tun Mohd Ali berkata, insiatif mewujudkan pusat itu adalah untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan mendapatkan bahan makanan asas.
Tun Mohd Ali, berharap inisiatif itu mendapat sokongan daripada semua pihak seperti pengilang dan usahawan di negara ini.
Terdahulu ketibaan Tun Mohd Ali kira-kira jam 11.30 pagi disambut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP); Datuk Azman Mohd Yusof dan Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sem.
Hadir sama Pengerusi Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar.
Pada majlis itu turut diadakan penyerahan bantuan kepada wakil institusi pengajian tinggi (IPT) dan surat pelantikan rakan strategik.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TUNAS ILHAM MAIM BANTU ANAK ASNAF LEBIH BERSEDIA DUDUKI UPKK 2026
PENGKALAN BATU 15 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menganjurkan Program Tunas Ilham Bagi Tahun 2026-2027 iaitu sebuah program...
RUMAH PUSAKA LEBIH SEABAD KEMBALI ‘BERSERI’
GADEK 15 April - Hanya rasa syukur dapat dizahirkan Asenah Baba, 85, apabila rumah pusaka lebih seabad yang didiaminya kini...
TELUR ASIN BUKIT SEDANAN BERSIH, BERKUALITI
ASAHAN 15 April - Telur asin lazimnya sinonim dengan kaedah pembuatan tradisional menggunakan abu gosok daripada arang dan sekam padi....
BERMALAM DI MUZIUM MELAKA TERAP NILAI STEM, REKREASI
AYER KEROH 15 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) kembali menganjurkan program 'Sleepover @ The Museum', namun menawarkan pengalaman berbeza...
WRUR GADEK: ISU INFRASTRUKTUR ANTARA 160 ADUAN DITERIMA
GADEK 15 April - Isu membabitkan infrastruktur antara 160 aduan yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
BERMULA DARI JALANAN, DODOL KAMPUNG ABBEY KINI SEMAKIN DIKENALI
ASAHAN 15 April - Nostalgia menjaja dodol dari kampung ke kampung dengan menunggang motosikal tiga dekad lalu sentiasa segar dalam...

