Mini Food Bank DMDI terima sumbangan RM198,000 – Mohd Ridhwan

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 4 Oktober – Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menerima sumbangan RM198,514.30 bagi Mini Food Bank DMDI yang diwujudkan sejak 1 Julai lalu.

Pengerusinya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali berkata, hasil sumbangan tersebut memberi faedah kepada 3,775 penerima bantuan termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

“Alhamdulillah kita menerima banyak sumbangan dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan daripada syarikat serta individu untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

“Setakat 30 September, sumbangan diterima berjumlah RM198,514.30, kewujudan Mini Food Bank DMDI Melaka ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan Yayasan DMDI.

“Selain itu, DMDI Malaysia juga berusaha membuka Food Bank di negeri lain dalam usaha berterusan membantu penduduk berpendapatan rendah,” katanya.

photo1664861388
PENGERUSI Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Pengumpulan Dan Pengagihan (Distribution Centre) Food Bank Malaysia di Dc Autocity di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Hadir sama Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sem; Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azman Mohd Yusof dan Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1985
Kongsi :
Previous post Tun Mohd Ali rasmi Pusat Pengumpulan Dan Pengagihan Food Bank Malaysia
Next post PDRM siap sedia hadapi PRU15 dalam masa terdekat
Ubah saiz-+=