
SPR panjangkan tempoh pengundian PRU15 selama sejam
KUALA LUMPUR, 4 Oktober – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memanjangkan tempoh pengundian bagi Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) selama sejam berbanding pilihan raya umum sebelum ini iaitu 8 pagi hingga 5 petang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan masa pengundian bagi Semenanjung Malaysia akan bermula 8 pagi hingga 6 petang manakala bagi Sabah dan Sarawak bermula 7.30 pagi hingga 5.30 petang.
“Pemanjangan tempoh masa ini dapat memberi masa yang mencukupi kepada pemilih untuk membuang undi,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang-Jerlun) mengenai langkah penambahbaikan SPR untuk memastikan peratusan keluar mengundi yang tinggi serta menjamin ketelusan proses mengundi pada PRU15 dan seterusnya.
Menurutnya SPR turut menambah jumlah pusat mengundi dan saluran sedia ada bagi mengelak kesesakan di pusat-pusat mengundi, susulan pelaksanaan undi 18 tahun dan pendaftaran pengundi secara automatik.
Beliau berkata langkah penambahbaikan itu dilaksanakan bagi memastikan penjalanan pilihan raya di negara ini lebih efisien, adil dan telus.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
KETUA MENTERI TURUN ASAHAN BUKAN DENGAN ‘TANGAN KOSONG’
ASAHAN 23 Ogos - Lebih RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi pelbagai bentuk bantuan, pembangunan dan sumbangan kepada warga Dewan...
KEAMANAN MELAKA HASIL PENGORBANAN WARGA PDRM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Pertemuan bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dianggap amat istimewa oleh Ketua...
KAMPUNG ABBEY DAPAT DEWAN BAHARU RM500,000
ASAHAN 23 Ogos - Kemudahan awam untuk warga Asahan terus diperkukuh apabila Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)...
