
Tewaskan JDT mampu jadi penawar duka MU
KRUBONG 6 Okt. – Selepas tewas dua aksi berturut-turut sebelum ini, Melaka United (MU) sedia bangkit kembali untuk mencipta kemenangan dalam perlawanan terakhir Liga Super 2020 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.
Ketua Jurulatih Melaka United Zainal Abidin Hassan berkata, meskipun lawannya itu berstatus juara tujuh kali, namun beliau percaya dengan kemampuan anak buahnya untuk mencipta kejutan.
“Bagi saya, saya berharap Melaka dapat menebus kembali kekecewaan dalam perlawanan sebelum ini. Saya sedar kami bakal ditentang pasukan juara, tapi saya yakin bola itu bulat.
“Jika kita dapat satu atau dua peluang dan menjaringkan gol dalam perlawanan itu, tidak mustahil kemenangan akan berpihak kepada kita.
“Jadi, kita berharap dapat memanfaatkan sepenuhnya sesi latihan dan memperbaiki segala kelemahan sebelum kita turun menentang JDT nanti,” katanya.
Mengulas sama ada bakal merombak kesebelasan utama dalam perlawanan itu, Zainal memilih untuk berteka-teki.
“Sebelum ini pun saya sudah buat empat pertukaran dalam kesebelasan utama. Saya percaya kepada pasukan dan bagi saya setiap pemain menunjukkan prestasi yang baik sama ada diletakkan sebagai kesebelasan utama mahupun pemain gantian.
“Jadi, ia satu petanda yang baik untuk Melaka kerana tiap-tiap pemain menunjukkan komitmen yang tinggi untuk membantu pasukan,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI TURUN PADANG JUMPA RAKYAT MACHAP JAYA, ASAHAN ESOK
AYER KEROH 22 Ogos - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh akan turun padang menjelajah Dewan Undangan Negeri...
UPNM BUKAN SEKADAR BINA KEMUDAHAN, BENTUK JATI DIRI MASYARAKAT ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) memberi tumpuan terhadap pembentukan jati diri, sahsiah dan nilai patriotisme...
KARNIVAL CIMIC: 19 AKTIVITI MENARIK MENANTI, DARI KAPAL PERANG HINGGA AKSI KOMANDO
BANDARAYA MELAKA 22 Ogos - Sebanyak 19 aktiviti menarik disediakan menerusi Karnival Kerjasama Awam-Tentera (Civil-Military Cooperation - CIMIC) bagi memberi...
PELAJAR CEMERLANG MELAKA DAPAT HADIAH SIMPAN SSPN PRIME
AYER KEROH 22 Ogos - Kecemerlangan akademik pelajar Melaka bukan sekadar diraikan dengan sijil dan penghargaan, malah diterjemahkan dalam bentuk...
RM1 JUTA UBAH WAJAH KAMPUNG ALAI
TELOK MAS 22 Ogos - Kampung Alai kini menerima pelbagai kemudahan yang bukan sahaja menceriakan persekitarannya, malah memberi manfaat langsung...
PPSPM CAPAI 70 PERATUS SASARAN PENGUNJUNG
DUYONG 21 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) berjaya mencapai hampir 70 peratus sasaran jumlah pengunjung bagi...
