
DUN Perak dibubarkan berkuat kuasa hari ini
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pembubaran DUN dilakukan selepas beliau menerima warkah pengisytiharan daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang memberi perkenan untuk membubarkan DUN berkuat kuasa hari ini.
“Watikah tersebut diperoleh pada Ahad,” katanya pada sidang media di sini.
Dilapor, pada Rabu, Saarani pertama kali menghadap Sultan Nazrin bagi mempersembahkan hasrat pembubaran DUN sebelum dititahkan sekali lagi menghadap pada Jumaat.
Menurut Saarani, warkah permohonan pembubaran itu dibuat selaras dengan Fasal 2 Perkara 36 Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Saarani turut menyembah maklum mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pembubaran Parlimen berkuat kuasa 10 Okt, serta syor supaya ketua kerajaan negeri mengambil tindakan untuk membubarkan DUN bagi membolehkan PRU15 diadakan serentak.
Perak mempunyai 59 kerusi DUN.
DUN Perak kini terdiri daripada 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), DAP (15), Amanah (lima), Bersatu (empat), PAS (tiga), PKR (tiga), PBM (tiga) dan Bebas (satu). – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ TERIMA PENARAFAN BANDAR PINTAR 2025
JASIN 28 Oktober – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengukuhkan kedudukannya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berprestasi tinggi apabila menerima penarafan...
MBMB ANTARA EMPAT BANDARAYA CAPAI TAHAP KEDUA BANDAR PINTAR MALAYSIA
AYER KEROH 28 Oktober – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerima penarafan Developing Smart City 2025 hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif...
GERBANG PANTUN MELAKA HIMPUN LEBIH 10,000 RANGKAP PANTUN
BUKIT BARU 28 Oktober – Inisiatif Gerbang Pantun Melaka berjaya menghimpunkan 10,759 rangkap pantun tradisional hasil karya rakyat negeri ini,...
3,278 GRADUAN DIRAIKAN PADA ISTIADAT KONVOKESYEN UTEM KE-21
AYER KEROH 28 Oktober - Seramai 3,278 graduan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bakal diraikan pada Majlis Konvokesyen UTeM ke-21...
RM121 JUTA DISALURKAN KEPADA LEBIH 29,000 PENERIMA BANTUAN JKM DI MELAKA
DURIAN TUNGGAL 28 Oktober - Sejumlah RM121 juta telah disalurkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu golongan kurang bernasib baik...
PROGRAM MBA UITM KAMPUS BANDARAYA MELAKA TAWAR PENGAJIAN BERTARAF ANTARABANGSA
BANDARAYA MELAKA 28 Oktober - Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Bandaraya Melaka terus menjadi pilihan...
