
Mangsa banjir di Langkawi meningkat
ALOR SETAR, 19 Okt – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Langkawi meningkat kepada 62 orang setakat 12 tengah hari berbanding 49 orang yang dicatatkan, semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Langkawi Kapt (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata kesemua mangsa daripada 18 keluarga itu ditempatkan di Dewan Syifak, Padang Matsirat yang dibuka sejak Ahad malam lepas.
“Seramai 28 lelaki dewasa, 22 wanita dewasa, tujuh kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan ditempatkan di PPS berkenaan.
“Antara kawasan yang terjejas di Langkawi ialah Kampung Teluk Yu, Kampung Sungai Itau, Kampung Kilim, Tanjung Rhu, Kampung Tua, Kampung Pasir Hitam dan Kampung Telaga Ayer Hangat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Ahmad Shahfikri berkata lokasi yang turut terjejas ialah Tabika Kemas Pasir Hitam, Jalan Kelubi, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Tuba, Jalan Penarak, Kampung Belanga Pecah, SK Seri Lagenda, Simpang Tiga Nyior Cabang, Kampung Padang Gong, Jalan Kedawang dan hadapan Padang Mat Sirat.
“Antara agensi yang ditugaskan membantu mangsa banjir di PPS adalah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA MAHU LAHIRKAN LEBIH RAMAI USAHAWAN TEKNIKAL
TABOH NANING 18 Mei - Kerajaan Negeri menggalakkan lebih ramai graduan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menggunakan kemahiran masing-masing bagi...
TINDAKAN SMK SUNGAI RAMBAI TUTUP PAGAR DIPERSETUJUI PIBG
PENGKALAN BATU 18 Mei - Jabatan Pendidikan Negeri Melaka mempertahankan tindakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai menutup pintu pagar...
PEMERKASAAN TVET ELAK PENGHIJRAHAN BELIA MELAKA
TABOH NANING 18 Mei - Pelaksanaan dasar, perancangan dan pelaburan yang masuk ke negeri ini mesti memberikan manfaat kepada rakyat termasuk...
JANGAN RASA KERDIL TETAPI BANGGA JADI GRADUAN TVET
TABOH NANING 18 Mei - Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) umpama 'jambatan emas' yang bukan sahaja menentukan hala...
MENARA TAMING SARI TAWAR DISKAUN ISTIMEWA SEMPENA ULANG TAHUN KE-18
BANDA HILIR 18 Mei - Bersempena sambutan ulang tahun operasinya yang ke-18 Menara Taming Sari menawarkan diskaun istimewa kepada pengunjung...
TERNAK LEMBU ‘IC BIRU’
MACHAP JAYA 18 Mei - Berpegang kepada tekad mahu memastikan pembeli memperoleh daging lembu segar dengan harga berpatutan dan berkualiti...
