
MetMalaysia keluar amaran ribut petir di 10 negeri
KUALA LUMPUR, 21 Okt – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di 10 negeri hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 2.20 petang tadi memaklumkan negeri yang terlibat ialah Kedah meliputi Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang); Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).
Selain itu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Kuantan); Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) dan Johor (Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).
Di Sarawak pula meliputi Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang, serta Tawau, Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat) di Sabah.
Kenyataan itu memaklumkan keadaan cuaca itu berlarutan sehingga 7 malam ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAK MAMPU PENUHI KONTRAK, JANGAN AMBIL TENDER KANTIN DI MELAKA
SERI NEGERI 25 November - Pengusaha kantin dan pembekal makanan di sekolah serta institusi pengajian tinggi (IPT) di Melaka diingatkan...
DARI MASJID KE SURAU, RAIS SUSUN LANGKAH PERKASA AGENDA AGAMA DI MELAKA
AYER KEROH 25 November - Sebanyak 195 masjid dan kira-kira 800 surau di seluruh Melaka menjadi antara institusi yang diberi...
SISTEM PELESENAN BECA MELAKA JADI IKUTAN NEGERI LAIN
DUYONG 24 November – Sistem pelesenan khusus pengayuh beca diperkenalkan Melaka bukan sahaja menjadi mekanisme kawal selia perkhidmatan, malah kini...
MELAKA BERPOTENSI MILIKI HOSPITAL PAKAR KARDIOLOGI, NEUROLOGI
AYER KEROH 24 November - Melaka berpotensi memiliki sebuah lagi hospital pakar berkapasiti 400 katil menerusi cadangan pembinaan Hospital Pakar...
BECA JADI IKON PELANCONGAN, TAPI DISIPLIN TETAP KEUTAMAAN – ABDUL RAZAK
DUYONG 24 November - Pengayuh beca di Melaka diminta supaya terus memainkan peranan dengan memperkasakan lagi peranan mereka sebagai duta...
BAN HONG MULAKAN MISI JELAJAH, FAHAMI REALITI FASILITI KESIHATAN MELAKA
SERI NEGERI 24 November - Memahami keperluan sebenar fasiliti kesihatan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan menjadi fokus utama misi jelajah...
