
Dua maut MPV rempuh tiang MRT
KUALA LUMPUR, 24 Okt – Dua lelaki maut manakala tiga lagi cedera apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tiang Transit Aliran Massa (MRT) berhampiran Eco Cheras Mall di sini pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Cheras Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rizuan Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 6.42 pagi sebelum tujuh anggota tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.
Beliau berkata kelima-lima mangsa yang tersepit di dalam kenderaan jenis Toyota Innova itu berjaya dikeluarkan pada 7.06 pagi.
“Pemandu dan penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala tiga lagi cedera serta berada dalam keadaan separuh sedar,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menerima rawatan sementara mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Identiti kesemua mangsa serta punca kemalangan masih dalam siasatan, katanya. — BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WIFI PERCUMA: KAMPUNG ORANG ASLI TIDAK TERPINGGIR DARIPADA ARUS PENDIGITALAN
MACHAP JAYA 27 Ogos - Perkhidmatan WiFi percuma untuk Kampung Orang Asli seluruh Melaka antara berita gembira diumumkan Ketua Menteri...
50,000 DIJANGKA SERBU KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA 4 HINGGA 6 SEPTEMBER INI
SERI NEGERI 27 Ogos - Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC),...
MELAKA SHOWCASE ANGKAT JENAMA 64 USAHAWAN KE PASARAN KL
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Seramai 64 usahawan Melaka diberi peluang memperluas pasaran dan meningkatkan jualan menerusi penganjuran Melaka Showcase...
SEMBILAN BERADIK YATIM PIATU, MAIM PASTIKAN KEBAJIKAN TERJAMIN
JASIN 27 Ogos - Nasib sembilan beradik yatim piatu mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang tampil memastikan kebajikan...
KETUA FOTO, WARTAWAN MHI TERIMA PINGAT JASA KEBAKTIAN
SERI NEGERI 26 Ogos - Ketua Unit Fotografi Melaka Hari Ini (MHI) Sdn Bhd, Iqmal Haqim Rosman dan wartawan MHI...
PELAJAR KOLEJ KOMUNITI MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG AMBULANS
JASIN 26 Ogos - Seorang pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah ambulans swasta di...
