
Dua maut MPV rempuh tiang MRT
KUALA LUMPUR, 24 Okt – Dua lelaki maut manakala tiga lagi cedera apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh tiang Transit Aliran Massa (MRT) berhampiran Eco Cheras Mall di sini pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Cheras Pegawai Bomba Kanan II Mohd Rizuan Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 6.42 pagi sebelum tujuh anggota tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.
Beliau berkata kelima-lima mangsa yang tersepit di dalam kenderaan jenis Toyota Innova itu berjaya dikeluarkan pada 7.06 pagi.
“Pemandu dan penumpang hadapan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan manakala tiga lagi cedera serta berada dalam keadaan separuh sedar,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi menerima rawatan sementara mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Identiti kesemua mangsa serta punca kemalangan masih dalam siasatan, katanya. — BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: LERAI KESESAKAN BANDAR HILIR JADI AGENDA JASMINE
BANDA HILIR 10 November - Kesesakan lalu lintas di kawasan tumpuan pelancongan antara isu utama yang mahu ditangani calon Barisan...
PRN MELAKA: RAIS JANJI 30 PERATUS PERUNTUKAN SUNGAI UDANG UNTUK KEBAJIKAN, AKTIVITI TENTERA
SUNGAI UDANG 10 November - Sebanyak 30 peratus daripada peruntukan untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang akan dikhususkan bagi...
DUA PRN, DUA PENGALAMAN MENGUNDI SELEPAS BERSALIN
SUNGAI UDANG 10 November – Lima tahun lalu, Nurul Atikah Syuhada Zainal mengundi awal ketika masih berpantang selepas melahirkan anak...
PRN MELAKA: 817 PEGAWAI, ANGGOTA POLIS LAYAK UNDI AWAL DI IPK
AYER KEROH 10 November - Seramai 817 pegawai dan anggota polis dijadual menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Ibu Pejabat...
PRN MELAKA: 9,769 WARGA TENTERA, PASANGAN LAYAK UNDI AWAL
SUNGAI UDANG 10 November - Seramai 9,769 warga Tentera Darat Malaysia (TDM) dan pasangan layak menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal...
DANA RM50 JUTA: UMNO SEDIA DIAUDIT BILA-BILA MASA
PANTAI KUNDOR 10 November – UMNO bersedia akaun kutipan sumbangan bagi melunaskan denda RM50 juta mantan Perdana Menteri, Datuk Seri...
