
COVID-19: 375 kes direkodkan hari ini, lima kematian baharu
MELAKA 8 Okt. – Kes baharu COVID-19 di Malaysia hari ini menurun berbanding semalam namun tetap merekodkan tiga angka dengan mencatatkan 375 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dari jumlah itu, 371 kes merupakan kes penularan tempatan, manakala empat darinya merupakan kes import.
Menerusi sidang media Kementerian Kesihatan yang disiarkan secara langsung itu, Sabah merekodkan 271 kes, Selangor 36 kes, Kedah 16 kes, Wilayah Kuala Lumpur 12 kes, Wilayah Persekutuan Labuan 10 kes.
Diikuti Sarawak 8 kes, Terengganu 5 kes, Johor 5 kes, Perak 5 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya 2 kes, Negeri Sembilan 2 kes dan Melaka, Pahang dan Pulau Pinang masing-masing dengan satu kes.
Sementara itu, lima kematian baharu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif 146 kes kematian.
Antara lain, 18 kes sembuh baharu direkodkan dengan jumlah 10,519 kes sembuh, manakala 3,703 kes aktif direkodkan hari ini dengan 60 kes darinya dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 20 kes darinya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
