
Sidang DUN: Kadar bantuan mangsa bencana dinaikkan
SERI NEGERI 12 Disember – Nasib rakyat yang ditimpa bencana terus diberi perhatian apabila Kerajaan Negeri bersetuju menaikkan kadar bantuan demi meringankan beban mereka.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, bantuan itu khusus buat mangsa banjir, ribut dan kebakaran di negeri ini.
“Kerajaan negeri akan menaikkan kadar sumbangan buat mangsa banjir daripada RM200 kepada RM300 bagi yang mengalami kerosakan sebahagian, manakala RM500 kepada RM700 buat kerosakan keseluruhan.
“Kita turut memberi kadar bantuan ribut dan kebakaran dengan anggaran 33 hingga 100 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2023) 2022 pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di Dewan Persidangan DUN, di sini, hari ini.
Dalam mengurangkan risiko banjir di negeri ini, Sulaiman turut mencadangkan beberapa penyelesaian misalnya Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Durian Tunggal, Sungai Baru, Lubok Cina Fasa 2, Asahan dan Sungai Melaka Fasa 2.
“Kerajaan negeri juga memohon pertimbangan kerajaan persekutuan untuk meneruskan pelaksanaan inisiatif Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) dengan kerjasama beberapa agensi bernilai RM8.4 Juta,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DARI TAMAN HINGGA KE KAMPUNG, REMBIA DILIMPAHI KASIH SAYANG TOK RAUF
REMBIA 9 Ogos - Dari taman perumahan hingga ke kampung-kampung, pelbagai lapisan masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia menerima...
13 SIRI TURUN PADANG, SETIAP PERSINGGAHAN ADA TINDAKAN
REMBIA 9 Ogos - Setiap persinggahan dalam 13 siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bukan sekadar kunjungan turun padang, sebaliknya...
BUKAN CURI, SALAH FAHAM PUNCA POKOK MBJB ‘DIBAWA PULANG’
PAYA RUMPUT 9 Ogos - Isu pokok hiasan milik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang didakwa dibawa pulang pengunjung ketika...
JELAJAH SAYANG RAKYAT BUKAN ‘LAKONAN BERMUSIM’
REMBIA 9 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bukan 'lakonan bermusim' atau pecutan saat akhir menjelang pilihan raya, sebaliknya...
TOK RAUF AKHIRI DILEMA 40 TAHUN PENDUDUK KAMPUNG BUKIT HANTU
REMBIA 9 Ogos - Selepas 40 tahun berdepan masalah banjir hingga menyebabkan penduduk Kampung Bukit Hantu terputus hubungan, dilema itu...
HARI LANDSKAP NEGARA 2026 TARIK 80,000 PENGUNJUNG
PAYA RUMPUT 9 Ogos - Sambutan Hari Landskap Negara 2026 yang berlangsung selamat empat hari sejak 6 Ogos lalu di...
