Sidang DUN: Isu kos sara hidup keutamaan Bajet 2023 Negeri Melaka – KM

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 12 Disember – Bajet 2023 Negeri Melaka memberikan tumpuan kepada isu kos sara hidup dengan menyediakan pelbagai insiatif baharu yang lebih holistik, sekali gus mensejahterakan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata sehingga 26 Oktober lalu seramai 1,283 penduduk miskin tegar direkodkan di Melaka, manakala seramai 6,558 lagi dikategorikan sebagai miskin.

“Dalam hal ini Kerajaan Negeri akan meneruskan bantuan menerusi inisiatif pertama seperti Care Sayang iaitu bantuan bulanan bagi golongan B40 yang dinaikkan kadar dari RM200 kepada RM230 sehingga RM250 untuk 5,394 penerima dengan peruntukan RM16.18 juta.

“Kedua Musa’adah Asnaf iaitu 16 skim bantuan zakat sedia ada ditambah baik untuk diagihkan kepada golongan fakir miskin, anak asnaf miskin dan anak Mualaf dengan implikasi kewangan RM13 juta.

“Manakala lapan skim bantuan zakat baharu dengan peruntukan RM495,000 akan diagihkan kepada golongan asnaf miskin, asnaf mualaf dan asnaf riqab.

“Ia meliputi bantuan ibu bersalin saguhati iringan Sya’adah, bantuan perubatan, bantuan pelajaran anak saudara baharu, bantuan bayaran guru agama utama, bantuan saraan anak mualaf, bantuan iktiar membasmi kemiskinan dan bantuan makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2023) 2022 pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di Dewan Persidangan DUN, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2572
Kongsi :
Previous post Sidang DUN: Kadar bantuan mangsa bencana dinaikkan
Next post Sidang DUN: ‘Jangan balik awal seperti Jerman’ – KM
Ubah saiz-+=